• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Mungkin Naik Lagi

oleh Mohd Arshad
26/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia berkemungkinan perlu membayar harga lebih tinggi untuk barangan dan perkhidmatan, impak konflik antara Rusia dan Ukraine.

Naib Pengerusi Gerakan Kea­dilan Monetari Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ia merupakan kesan daripada kenaikan harga bahan api akibat krisis itu, termasuk minyak mentah dan arang batu.

“Harga minyak yang tinggi, kini telah melepasi paras AS$105 (RM440) setong berkemungkinan memberi kesan kepada kos pe­ngangkutan, seterusnya menaikkan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan di Malaysia.

“Namun impak yang bakal dirasai pengguna akan bergantung kepada kesediaan kerajaan untuk terus menampung kadar subsidi minyak yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Katanya, kenaikan harga arang batu (kini sekitar AS$216 (RM906) setan berbanding AS$67.5 (RM283) pada awal 2021, bahan utama untuk penjanaan tenaga elektrik turut menjadi antara faktor memaksa peng­guna mem­bayar harga lebih tinggi.

Namun jelasnya, kenaikan surcaj untuk tenaga elektrik jika ada, tidak akan diimplementasikan dalam tempoh terdekat berdasarkan mekanisme pelepasan kos tidak seimbang (ICPT).

Sehingga Jun ini, pengguna bukan domestik (komersial dan industri) perlu membayar surcaj tarif elektrik sebanyak 3.7 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh), manakala pengguna biasa mendapat rebat dua sen per kWh.

“Surcaj tarif elektrik kebia­saannya tidak dikenakan kepada pengguna biasa, ia hanya dibayar oleh perniagaan.

“Namun, kenaikan kos elektrik yang perlu ditanggung perniagaan mungkin akan dipindahkan kepada pengguna menerusi harga jualan lebih tinggi untuk barangan dan perkhidmatan,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: Harga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd