• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahmi Reza Didakwa Lagi Hantaran Jelik Isu Minuman Keras

oleh Mohd Arshad
17/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza yang sebelum ini didakwa pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan isu peraturan kuarantin menteri, dituduh lagi pertuduhan sama berhubung pengharaman penjualan minuman keras di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bagaimanapun Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, Fahmi Reza didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil “Fahmi Reza” pukul 11.45 pagi pukul pada 1 Jun 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit apartment di Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini pukul 9 pagi pada 2 Jun 2021.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Rajsurian Pillai yang mewakili OKS memohon jumlah jaminan itu dikurangkan.

“OKS telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan. OKS juga tidak akan mengganggu saksi-saksi pendakwaan,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Edwin membenarkan Fahmi Reza diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Minggu lalu, Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan isu peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan rasmi di luar negara melalui aplikasi Twitter tahun lalu.

-Kosmo Online

Tags: fahmi rezahantaran jelikIsu Minuman Keras
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pukat Malas ‘Pembunuh’ Utama Penyu Di Terengganu

Next Post

Muhyiddin Dakwa ‘Kluster Mahkamah’ Punca Hilang Jawatan PM

Related Posts

Fahmi Reza Dihantar Pulang Dari Sabah Malam Tadi

Fahmi Reza Dihantar Pulang Dari Sabah Malam Tadi

01/01/2025
0

KOTA KINABALU: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, dihantar pulang ke Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi....

Penceramah Bebas Mengaku Tak Bersalah Buat Hantaran Jelik Hina Agong

Penceramah Bebas Mengaku Tak Bersalah Buat Hantaran Jelik Hina Agong

11/07/2023
0

IPOH: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang...

Next Post

Muhyiddin Dakwa 'Kluster Mahkamah' Punca Hilang Jawatan PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd