• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Rasuah Bung Moktar, Isteri Ditangguh

oleh Mohd Arshad
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis menangguhkan perbicaraan kes rasuah dihadapi Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad setelah seorang peguam yang mewakili Zizie Izette disahkan positif Covid-19.

Peguam Ridha Abdah Subri yang hadir bagi pihak Bung Moktar dan Zizie Izette memberitahu Hakim Rozina Ayob bahawa peguam itu yang mewakili tertuduh kedua (Zizie Izette) telah disahkan positif pada 20 Februari dan dikuarantin hingga 26 Februari ini.

“Seorang lagi peguam yang mewakili Zizie Izette iaitu Datuk K Kumaraendran dan M Athimulan yang mewakili Bung Moktar adalah kontak rapat kepada peguam berkenaan serta kedua-dua peguam itu turut dikuarantin,” kata Ridha Abdah.

Pasangan suami isteri itu hadir pada prosiding Khamis.

Pada Khamis ditetapkan untuk mendengar permohonan pendakwaan untuk menyoal balas seorang saksi utamanya, Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, yang juga saksi pendakwaan ke-25 dalam perbicaraan kes rasuah berkenaan.

Rozina kemudian menetapkan 3 Mac ini untuk mendengar permohonan pendakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 154 Akta Keterangan 1950.
Prosiding itu turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette, atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

-Sinar Harian

Tags: ditangguhKes Rasuah Bung Moktar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

894 Borang Penamaan Calon Dijual Bagi PRN Johor – SPR Johor

Next Post

Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas 19 Hari Bersidang

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas 19 Hari Bersidang

27/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Februari...

Next Post

Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd