• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Calonkan Ismail Sabri – Wan Saiful

oleh AK-47
03/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : BERSATU mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa sokongan kepadanya bersyarat, termasuk tiada kompromi apabila membabitkan isu integriti dan menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan bantuan.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata kumpulan yang mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri ialah BERSATU, bukannya UMNO.

“Kita kena ingat Ismail yang menjadi Perdana Menteri hari ini, bukan dicalonkan UMNO.

“Kalau UMNO silap-silap dia nak Zahid Hamidi (Presiden UMNO). Nak Zahid? Pening kepala nak jawab tetapi itulah hakikatnya,” katanya pada kempen ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar yang disiarkan secara langsung di Facebook Penerangan BERSATU, semalam.

Turut hadir Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, syarat dikenakan BERSATU itu tiada tolak ansur, khususnya dalam isu membabitkan partinya dan menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU ialah contoh terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Tak pernah ada jumlah dana banyak diperuntuk untuk membantu rakyat dalam sejarah negara. Tetapi Muhiyddin buat. Itu yang kita nak Ismail teruskan,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri mungkin mahu meneruskan kecemerlangan Muhyiddin dalam memerintah negara, tetapi mendakwa mungkin ‘kluster mahkamah’ UMNO tidak peduli.

“Apa mereka buat, fokus kepada nak selamatkan diri. Fokus kepada nak bolot kuasa. Dan, fokus kepada jatuhkan semua orang lain, termasuk yang bawa dia naik. Sebab itu jadi pengajaran kepada kita,” katanya.

“Ada satu kumpulan mengambil beberapa tindakan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan adalah kluster mahakamah. Mereka kena bertanggungjawab kerana ini semua menyusahkan rakyat,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BERSATUIsmail Sabri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BERSATU Akui Undi Golongan Muda Sukar Diramal

Next Post

SOP Umrah Dimuktamad Hari Ini Atau Esok

Related Posts

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

10/04/2025
3

Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan dipanggil semula memberi keterangan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

14/03/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini...

Next Post

SOP Umrah Dimuktamad Hari Ini Atau Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd