• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Akui Undi Golongan Muda Sukar Diramal

oleh Mohd Arshad
03/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengakui bahawa pihaknya sukar untuk meramal undi golongan muda yang kali pertama akan terbabit dalam bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata pembabitan pengundi dalam kalangan golongan itu terutama mereka yang berusia 18 hingga 21 tahun bukan sahaja memberi cabaran kepada BERSATU malah semua parti bertanding.

Katanya, tidak ada parti yang boleh berbangga dengan menyifatkan mereka memiliki pengundi tetap yang akan memilih parti itu walau apa cara sekalipun kerana pengundi muda yang akan menjadi penentu dalam PRN Johor.

“Pengundi muda adalah satu kumpulan yang membawa cabaran kepada semua parti, kita kena tunjuk kesungguhan dan keikhlasan untuk mendekati mereka serta buat tawaran bermakna kepada anak muda.

“Ini satu perkara positif untuk demokrasi dan politik dalam negara, selama ini ada parti yang boleh kata dia selesa ada pengundi tegar yang macam mana pun akan undi dia.

“Tetapi dengan anak muda ini kita tak boleh baca kerana ada kemungkinan mereka undi pihak A, undi B dan ada kemungkinan juga tidak mengundi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Jelajah

Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali, malam tadi.

Beliau berkata, jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan pertambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

“Justeru, tugas berat kini diberikan kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan sayap Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk melakukan strategi dalam mendekati golongan muda berkenaan.

“PN juga akan membariskan calon yang seimbang dalam PRN Johor iaitu terdiri daripada golongan muda, wanita, individu berlatar belakang profesional dan calon berpengalaman,” katanya.

Wan Saiful berkata, pihaknya sudah mendapat nama calon daripada peringkat negeri dan parti gabungan dalam PN dan masih terdapat beberapa lagi proses yang perlu dilalui.

“Kita kena ingat bahawa BERSATU dalam PN, jadi PN yang akan buat keputusan berkenaan.

“Suasana di Johor agak berbeza, negerinya luas dan demografi yang pelbagai jadi sudah tentu strategi kita pasti berbeza,” katanya.

Sementara itu, pihaknya berharap terdapat kelonggaran dapat diberikan ketika tempoh kempen PRN Johor bagi memastikan semua parti boleh menyampaikan mesej mereka kepada rakyat dalam cara paling berkesan.

“Walaupun kaedah dalam talian perlu diberi keutamaan, ramai rakyat masih mahu ceramah umum dan kaedah rumah ke rumah dibenarkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

-Berita Harian

Tags: PRN JohorUndi Golongan Muda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd