Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Perkenan Azmin...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk melantik...

Peguam Bela Mahu Dedah...

KUALA LUMPUR – Anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana Sdn. Bhd. didakwa telah...

Boston Bombing: Dzhokhar Tsarnaev...

SUSPEK insiden pengeboman acara larian marathon di Boston, Amerika Syarikat, Dzhokhar Tsarnaev, 21,...

8 Terbunuh, 30 Hilang...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan kira-kira 30 yang lain masih...

Batal LCS Jejaskan Vendor Tempatan

IPOH : Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) di Lumut yang ditangguhkan sejak Disember 2019 jika dibatalkan akan memberi isyarat bahawa industri pertahanan tempatan termasuk vendor tiada kemampuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata ini kerana ia akan menyebabkan kekurangan pembabitan vendor tempatan dalam rantaian nilai pembinaan kapal untuk mewujudkan kesan berganda terhadap ekonomi negara.

“Terdapat lebih 400 vendor tempatan terbabit dalam projek LCS malah kebanyakannya adalah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sekiranya projek ini dibatalkan, bukan sahaja mereka akan hilang pekerjaan malah vendor tempatan yang terlibat akan dibebani kos sebanyak RM3.7 bilion,” katanya.

Beliau berkata situasi itu tidak sepatutnya dihadapi vendor tempatan terutama semasa negara masih dalam proses pemulihan akibat COVID-19.

“Hilang pekerjaan di saat ini akan menambah lagi cabaran dalam kehidupan seharian mereka dan ahli keluarga. Inilah kesan rantaian yang mesti dielak,” katanya.

Ditanya sama ada sektor industri pertahanan seperti di Lumut akan terkesan terutama dari segi peluang pekerjaan dan rantaian bekalan untuk projek seperti itu, beliau berkata apabila sesuatu projek dilaksanakan, ia secara tidak langsung mencipta peluang pekerjaan.


“Sekiranya dibatalkan, sudah semestinya ia akan menyebabkan tidak balas rantaian kepada keseluruhan ekosistem termasuk menutup peluang pekerjaan untuk semua vendor tempatan ini,” katanya.

Dilaporkan pada Disember 2020, Kementerian Pertahanan telah menjalankan siasatan secara mendalam mengenai kegagalan anak syarikat Boustead Holdings Bhd iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) membekalkan enam LCS bernilai RM9 bilion kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Kanan Pertahanan ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian juga sudah melaksanakan siasatan melalui semakan ke atas klausa kontrak berkaitan isu kelewatan yang dialami dalam perolehan LCS.

Ismail Sabri dilaporkan berkata hasil siasatan itu membawa kepada pengeluaran Notis Tuntutan Ganti Rugi Tetap (LAD) berjumlah RM180 juta yang menyaksikan sebanyak RM80.6 juta berjaya dipungut secara set-off daripada BNS pada Oktober 2020.

Mengikut perancangan asal, dua daripada enam LCS sepatutnya sudah diterima namun hingga 31 Julai 2020, belum ada satu kapal yang disiapkan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori