• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Dakwa Rusia Serang Hendap Ukraine Pukul 5 Petang Ini

oleh AK-47
16/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Sumber perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa tentera Rusia akan menyerang hendap Ukraine hari ini pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) atau 5 petang waktu Malaysia, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Serangan itu dipercayai akan bermula dengan pelancaran peluru berpandu dan pencerobohan darat dengan kekuatan 200,000 tentera.

Menurut sumber boleh dipercayai, persiapan untuk mempertahankan Kiev akan diteruskan walaupun Presiden Rusia, Vladimir Putin memaklumkan telah menarik balik sebahagian besar tentera dari sempadan Ukraine.

Rusia didakwa menarik balik kira-kira 10,000 tentera dari barat dan selatan negara itu ke berek selepas tamat latihan ketenteraan.

Namun begitu, masih terdapat kira-kira 130,000 tentera kekal di sempadan timur dan selatan Ukraine dengan hampir 40,000 tentera pro-Putin di Belarus hingga ke utara.

Seramai 30,000 lagi puak pemisah pro-Rusia bakal berhadapan dengan tentera Ukraine di jajahan Donbas yang ditawan.

Persiapan diteruskan di Kiev apabila sistem anti-pesawat dihantar ke kedudukan bersama-sama kenderaan Pengawal Kebangsaan.

“Kami tidak boleh menerima apa-apa yang Rusia katakan atau lakukan. Kami perlu bersedia mempertahankan diri,’’ demikian menurut sumber tentera.

Sumber kanan berkata, Moscow dilaporkan akan menyerang di beberapa titik bahagian selatan, timur dan utara Ukraine.

Britain sebelum ini memberi amaran bahawa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bakal memberi ancaman terbesar terhadap keselamatan di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Kremlin bagaimanapun menafikan serangan pada pagi Khamis (hari ini) dengan menganggap ia tuduhan tidak berasas yang direka untuk menambah ketegangan di Eropah.

Setiausaha luar Britain, Liz Truss berkata, pihaknya perlu melihat penyingkiran besar-besaran tentera Rusia dari sempadan Ukraine sebelum mempercayai Moscow tidak merancang untuk menceroboh.

“Walaupun Rusia mendakwa tidak merancang untuk melakukan pencerobohan, kita perlu mengesahkan perkara tersebut dengan melihat bukti pengunduran tentera secara besar besaran,’’ jelas Truss.

-Kosmo Online

Tags: Amerika SyarikatRusiaserang hendapUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd