• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apabila Kena Batang Hidung Maszlee

oleh Mohd Arshad
02/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik membidas siasatan kes rasuah membabitkan dirinya oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan media, Maszlee disiasat berhubung kes rasuah semasa beliau Menteri Pendidikan dari 2018 hingga awal 2020 .

Mantan Menteri Kerajaan PH (DAP, PKR, PAN, Bersatu) itu didakwa menerima wang rasuah daripada pembekal kementerian berkenaan yang kemudian digunakan untuk aktiviti politik.

Bekas pemimpin Bersatu yang kini menyertai PKR itu juga didakwa menerima kereta jenis Toyota Vellfire daripada sebuah syarikat dikaitkan dengan Kementerian Pendidikan.

Maszlee bagaimanapun pantas mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan pembunuhan karakter menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dakwa beliau lagi perkara itu adalah rekayasa, dusta, berbaur fitnah, berniat jahat terhadapnya yang memperjuangkan pendidikan.

Seterusnya media melaporkan beliau menuduh siasatan terhadap dirinya dan beberapa pegawainya di Parlimen Simpang Renggam sebagai satu bentuk ugutan.

Maszlee juga menyatakan berasa kesal beberapa pegawai di Kementerian Pendidikan didakwa telah disiasat bagi mencari kesalahan terhadap dirinya.

Perkara pertama perlu difahami tentang kes rasuah semasa Maszlee jadi Menteri Pendidikan itu adalah siasatan pihak berkuasa baru saja bermula.

Panjang lagi prosesnya. Jika hasil siasatan dapati tiada kes maka NFA. Jika ada kes silalah ke mahkamah dan jawab di mahkamah. Jadi mengapa kelihatan agak gelabah?

Kedua, sememangnya pihak berkuasa akan mendapatkan kenyataan mana-mana pihak yang dapat membantu mendapat siasatan kes.

Jika benar pihak berkuasa mendapatkan kenyataan daripada beberapa pegawai Kementerian Pendidikan adalah prosedur biasa dalam siasatan.

Maka mengapa Maszlee seolah-olah mahu bermain sentimen memperlihatkan pegawai Kementerian Pendidikan turut disiasat?

Mungkin inilah yang orang katakan sebagai hukum karma. “What you give you get back”. Apabila kena batang hidung sendiri Maszlee.

Sebelum ini beliau antara tokoh PH yang mengatakan perkara buruk itu dan ini terhadap pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN).

Beliau tuduh pemimpin UMNO/BN curi duit rakyat sehinggakan ahli keluarga mereka pun beliau siniskan dengan cara yang agak mengaibkan.

Jangan pula dituduh siasatan kes sedang dihadapi Maszlee angkara UMNO/BN.

Semua sedia maklum pemimpin UMNO/BN dikenakan tuduhan rasuah semasa zaman Kerajaan PH (DAP, PKR, PAN, Bersatu) tidak dapat sebarang kelebihan daripada kerajaan ketika ini.

Malah sebahagian anggota barisan pentadbiran kerajaan sedia ada terdiri daripada anggota Kabinet semasa zaman Kerajaan PH (DAP, PKR, PAN, Bersatu).

Sebenarnya Maszlee tidak perlu berpandangan siasatan kes rasuah terhadap dirinya semasa jadi menteri merupakan pembunuhan karakter.

Karakternya telah pun terjejas dan tercalar selepas persepsi beliau gagal menunaikan janji Tol Percuma Simpang Renggam apabila menang PRU-14.

Begitu juga persepsi cuba mengambil kredit disebalik kesediaan Kementerian Pendidikan Arab Saudi memberi biasiswa kepada pelajar Malaysia.

Pendedahan bekas setiausaha akhbar iaitu Kementerian Kewangan (MOF) didominasi DAP mengawal segala keputusan Kementerian Pendidikan ketika itu merosakkan lagi karakter beliau.

Lebih 10,000 pengawal keselamatan dan pekerja kebersihan sekolah dilaporkan hilang pekerjaan kerana MOF potong bajet RM478 juta.

Institut Pendidikan Guru (IPG) didakwa nyaris ditutup selepas MOF mahu berjimat’. ITBM, PADU turut menerima nasib yang sama.

Banyak surat Timbalan Menteri Pendidikan (Teo Nie Ching) kepada MOF juga didakwa tidak melalui Menteri Pendidikan.

Justeru, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik terimalah karma yang sedang dihadapinya seadanya. Ini bukan isu politik, tetapi kes integriti dan rasuah.

-Mynewshub

Tags: Isu Maszleemaszlee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Enjin Kereta Api Ekspres Terbakar, 180 Penumpang Terkandas

Next Post

Bomba Tamatkan Operasi Padam Api Pulau Burung

Related Posts

PRU15: Maszlee Ajak Calon Simpang Renggam Berdebat

PRU15: Maszlee Ajak Calon Simpang Renggam Berdebat

05/11/2022
0

KLUANG - Penyandang Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu mengajak tiga calon dari...

Maszlee Berdepan Empat Penjuru Di Simpang Renggam

Maszlee Berdepan Empat Penjuru Di Simpang Renggam

05/11/2022
0

KLUANG - Proses penamaan calon di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu menyaksikan hampir 300...

Next Post

Bomba Tamatkan Operasi Padam Api Pulau Burung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd