• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Baharu Larang Aktiviti Merokok Akan Diperkenalkan: Khairy

oleh Mohd Arshad
17/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akta baharu akan diperkenalkan bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai Generational End Game, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, pengenalan akta baharu tersebut akan dapat mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Menurutnya, kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok dianggarkan RM132.7 juta.

“Bermakna jika anda berumur 17 tahun dan Parlimen meluluskan akta itu, anda tidak lagi dapat membeli sebatang rokok di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kanser Peringkat KKM secara maya pada Khamis.

Dalam pada itu, Khairy berkata, terdapat peningkatan kes kanser sebanyak 11 peratus di negara ini iaitu 115,238 kes bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Beliau berkata, dianggarkan setiap seorang daripada 10 lelaki dan setiap seorang daripada sembilan wanita berkemungkinan akan mendapat penyakit kanser.
Tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia dalam kalangan lelaki ialah kolorektal atau usus besar (16.9 peratus), paru-paru (14.8 peratus) dan prostat (8.1 peratus).

Sementara dalam kalangan wanita adalah kanser payudara (33.9 peratus), dikuti dengan kanser kolorektal (10.7 peratus) dan kanser serviks (6.2 peratus).

Menurut Khairy, kematian akibat kanser merupakan sebab utama kematian di hospital-hospital swasta iaitu 34.95 peratus dan sebab kematian keempat di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu 11.56 peratus.

Khairy berkata, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM137 juta untuk Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi dan jumlah tersebut tidak termasuk kos lain seperti pengimejan dan makmal untuk pengesahan diagnosa, pembedahan dan anesthesiologi, rehabilitasi dan perkhidmatan paliatif.

Pada sambutan Hari Kanser Peringkat KKM itu, Khairy turut melancarkan buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025.
Menurutnya, NSPCCP 2021-2025 mengandungi sasaran serta strategi bagi semua aspek kawalan kanser yang merangkumi Pencegahan, Pengesanan Awal, Diagnosa, Rawatan, Rehabilitasi, Penjagaan Paliatif, Rawatan Tradisional & Komplimentari (T&CM), Surveilan & Pemantauan (Registri Kanser), Penyelidikan dan Sumber Manusia.

NSPCRC 2021-2025 pula adalah subset daripada NSPCCP 2021-2025 dan merupakan pelan tindakan kanser kolorektal bagi peringkat KKM untuk mengawal kanser kolorektal, kanser kedua penting di Malaysia.

-Sinar Harian

Tags: Akta BaharuLarang Aktiviti Merokokmerokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AFC Pilih Malaysia Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023

Next Post

Peniaga Pasar Tani Akur Ketetapan Harga Ayam Segar

Related Posts

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

04/10/2024
0

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di...

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

04/04/2023
0

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) tahun lalu mendapati...

Next Post

Peniaga Pasar Tani Akur Ketetapan Harga Ayam Segar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd