• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

26,832 Kes Baharu Covid-19

oleh Mohd Arshad
21/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam menurun kepada 26,832 kes berbanding 28,825 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu semalam menjadikan sebanyak 3,221,680 kes kumulatif jangkitan virus itu di negara ini.

Beliau berkata, bagi kes sembuh pula sebanyak 18,459 kes direkodkan semalam menjadikan 2,937,655 kes sembuh kumulatif.

“Daripada kes harian semalam, sebanyak 68 kes import dicatatkan iaitu membabitkan 28 warganegara (41.2 peratus) dan 40 bukan warganegara (58.8 peratus).

“Penularan kes tempatan pula membabitkan 26,764 kes iaitu 26,054 warganegara (97.3 peratus) dan 710 bukan warganegara (2.7 peratus),” katanya dalam kenyataan media hari ini mengenai status terkini kes Covid-19 di Malaysia pada 20 Februari 2022.

Beliau berkata, semalam, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 261 kes (98 kes disahkan Covid-19; 163 kes disyaki kemungkinan dan kes dalam siasatan).

Kes memerlukan bantuan pernafasan pula,membabitkan 139 kes (61 kes disahkan Covid-19; 78 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan).

“Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022 sebanyak 133 kes (0.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 26,699 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Pecahan kategori kes adalah kategori 1 sebanyak 8,469 kes (31.56 peratus); kategori 2 sebanyak 18,230 kes (67.94 peratus); kategori 3 sebanyak 66 kes (0.25 peratus); kategori 4 sebanyak 38 kes (0.14 peratus) dan kategori 5 sebanyak 29 kes (0.11 peratus),” katanya.

Beliau berkata, daripada 133 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Februari, 29 kes (21.80 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 75 kes (56.39 peratus) sudah menerima dua dos vaksin Covid-19; 29 kes (21.80 peratus) sudah menerima dos penggalak; 62 kes (46.62 peratus) berusia 60 tahun dan ke atas; 47 kes (35.34 peratus) mempunyai komorbid; dan enam kes (4.51 peratus) ibu mengandung.

Dr Noor Hisham berkata, dilaporkan 11 kes (4.10 peratus daripada keseluruhan 28,825 kes) meninggal dunia, termasuk enam kes (0.02 peratus daripada keseluruhan 28,825 kes) adalahkes kematian di luar hospital (BID).

“Sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster Covid-19 sejak wabak bermula di negara ini adalah 6,719 kluster.

“Daripada keseluruhan jumlah kluster itu, sebanyak 6,219 kluster sudah tamat. Ketika ini jumlah kluster aktif dengan

-Harian Metro

Tags: Covid-19Kes Baharu COVID-19kes harian covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd