• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Kawasan Di Kuala Terengganu Alami Gangguan Kualiti Air

oleh Mohd Arshad
03/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Sebanyak 24 kawasan di daerah ini mengalami gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong.

Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima bantuan daripada Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tasik Kenyir bagi melepaskan air daripada empangan Kenyir untuk menyeimbangkan paras kepekatan garam dalam air mentah di muka sauk.

“Pihak TNB sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku.

“Bacaan tahap kemasinan air yang dibekalkan juga akan dipantau,” katanya dalam kenyataan disini, malam Rabu.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Losong, Kg Kubang Buyong, Kg Paloh, Kg Pulau Rusa, Kg Kuala Bekah, Kg Pulau Musang, Kg Sungai Rengas, Kg Kubang Tangga, Kg Durian Burung, Kg Bukit Kubang Jambu, Kg Wakaf Che Kapur, Kg Kubang Parit.

Turut terjejas ialah Kg Pulau Kambing, Chabang Tiga, Kg Tokku, Kg Seberang Baroh, Kg Hiliran, Kg Bukit Kecil, Kg Pasir Panjang, Kg Gong Kapas, Kg Panji Alam, Kg Gong Pak Maseh, Jalan Budiman dan kawasan sekitar.

Jelas kenyataan tersebut, pihak SATU Water akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram dan Linkedin.

“Pengguna boleh menghubungi talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan,” menurut kenyataan itu.

-Awani

Tags: Gangguan Kualiti Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Kualiti Air Jejaskan 31,750 Akaun Pengguna Di Terengganu

04/02/2022
0

KUALA TERENGGANU : Gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd