• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tonga Alami ‘Kerosakan Besar’ Akibat Letusan Gunung Berapi – Jacinda Ardern

oleh Mohd Arshad
16/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBU NEGARA Tonga, Nuku’alofa mengalami impak besar akibat letusan gunung berapi bawah laut berdekatan negara itu pada Sabtu.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, kesan keseluruhan kepada negara itu masih belum jelas kerana capaian telefon dan internet di seluruh negara terjejas dipercayai akibat letusan.

“Komunikasi dengan Tonga masih terhad. Kabel komunikasi utama bawah laut terjejas, kemungkinan akibat kehilangan bekalan tenaga sekali gus mengehadkan komunikasi,” kata Ardern dalam sidang media pada Ahad.

“Namun, Kedutaan New Zealand di Tonga melaporkan bahawa kejadian tsunami memberi impak besar kepada pesisir depan di bahagian utara Nuku’alofa, dengan bot-bot dan puing batu-bata terdampar.”

Tambahnya, Nuku’alofa dilaporkan diselaputi abu dan habuk tebal daripada letusan gunung berapi terbabit.

Sehingga kini, tiada laporan rasmi diterima berhubung kecederaan atau kehilangan nyawa di Tonga, namun mungkin berpunca daripada isu telekomunikasi di negara berkenaan.

Ketika ini, usaha untuk memulihkan capaian telefon dan internet sedang giat dijalankan, manakala bekalan elektrik sudah beransur pulih di beberapa kawasan di ibu negara.

“Pihak berkuasa telekomunikasi bertungkus-lumus memulihkan komunikasi. Namun, penilaian impak secara rasmi masih belum jelas,” kata Ardern.

Imej satelit menunjukkan letusan besar di gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai pada Sabtu, dengan kepulan abu, gas dan wap.

Susulan letusan, amaran tsunami turut dikeluarkan di Chile, Hawaii dan Alaska dengan penduduk-penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai diarahkan berpindah.

Awani-

Tags: Jacinda AdernLetusan Gunung BerapiTonga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elon Musk Derma 50 Satelit Buat Tonga

20/02/2022
0

NUKU’ALOFA, Tonga – Kerajaan Tonga memaklumkan bahawa jutawan dan pengasas Tesla, Elon Musk telah menyumbangkan 50 terminal satelit kepada negara...

23 Warga Australia Dalam Kapal Penghantar Bantuan Kecemasan Ke Tonga Positif COVID-19

25/01/2022
0

WELLINGTON: Hampir dua dozen petugas pelayaran yang menaiki kapal tentera Australia bagi penghantaran bantuan kecemasan ke Tonga, disahkan positif COVID-19....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd