• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM, Tentera Laut Diraja Australia Perkukuh Kerjasama

oleh AK-47
13/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA Kerjasama dua hala dalam aspek keselamatan maritim antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Australia diperkukuh menerusi lawatan Panglimanya, Laksamana Michael Noonan hari ini.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan disambut rakan sejawatnya, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany dan barisan kepemimpinan TLDM.

Katanya, acara lawatan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebelum membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di pejabat beliau.

“Noonan juga mengadakan perjumpaan dengan Mohd. Reza bagi penyempurnaan Majlis Tandatangan Navy-to-Navy Talks (N2NT) Terms of Reference dan siri latihan Eksesais Malaysia-Australia (Mastex) kedua-dua Panglima Tentera Laut,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, dokumen N2NT Terms of Reference (TOR) adalah bahan rujukan dan prosedur kepada pelaksanaan siri Mesyuarat Bilateral N2NT antara TLDM serta TLDA yang telah dikemas kini.

Sehingga tahun lalu, sebanyak 14 siri N2NT diadakan dan siri ke-15 dijadualkan pada 20 Januari ini.

“Mastex Business Rules yang sebelum ini dikenali sebagai MASTEX Standard Operating Procedures pula adalah dokumen yang menggariskan prosedur tetap pelaksanaan MASTEX yang telah ditambah baik dan dikemaskini. MASTEX merupakan latihan bersama TLDM-TLDA yang diadakan setiap 2 tahun sekali,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: Tentera Laut Diraja AustraliaTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd