• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Vaksin Tamat Tempoh, KKM Pantau Melalui VMS

oleh AK-47
10/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) memantau secara berterusan bekalan dan tarikh luput vaksin COVID-19 yang diterima oleh Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM Norhaliza A. Halim berkata pemantauan tersebut dilakukan dengan mengguna pakai Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) selain sistem inventori sedia ada yang terdapat di fasiliti terlibat dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Berdasarkan semakan, tiada stok vaksin yang luput dibekalkan kepada PSV atau PPV,” katanya dalam kenyataan merujuk kepada beberapa kiriman dan video yang dimuat naik dan ditularkan di media sosial berhubung dakwaan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada penerima, sama ada telah luput atau hampir luput.

Norhaliza menjelaskan penentuan jangka hayat produk farmaseutikal termasuk vaksin COVID-19 ditetapkan berdasarkan ujian kestabilan produk vaksin yang dijalankan pengilang pada masa nyata untuk suhu penyimpanan tertentu.

Katanya tempoh jangka hayat vaksin akan berubah sekiranya terdapat perubahan suhu penyimpanan dan tarikh luput baharu diberikan kepada produk tersebut berdasarkan permohonan pelanjutan jangka hayat yang dikemukakan pengilang kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk dinilai.

“Pelanjutan tempoh jangka hayat produk vaksin tersebut hanya akan diluluskan setelah hasil penilaian dapat mengesahkan ia memenuhi keperluan regulatori.

“Malah, ini juga terpakai kepada semua produk farmaseutikal lain yang sedia berdaftar,” katanya.

Norhaliza berkata NPRA meluluskan permohonan pelanjutan jangka hayat bagi vaksin Comirnaty (Pfizer) daripada enam kepada sembilan bulan, vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran China (daripada sembilan kepada 12 bulan) dan vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran Pharmaniaga Lifescience, Malaysia (daripada enam kepada 12 bulan).

Beliau berkata NPRA juga meluluskan pelanjutan tempoh jangka hayat bagi produk vaksin Convidecia dari enam kepada 12 bulan pada 17 Dis tahun lepas.

“KKM komited memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin COVID-19 yang dibekalkan kepada penduduk dinilai dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

“Penilaian manfaat risiko bagi vaksin COVID-19 yang diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat dilaksanakan secara berterusan berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

-Awani

Tags: KKMVaksinVMS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MFPC Sokong Tidak Benarkan Lagi Pengeluaran KWSP

Next Post

Azam Baki: AMK Serah Memorandum Kepada SPRM

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Azam Baki: AMK Serah Memorandum Kepada SPRM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd