• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#TangkapAzamBaki: Lima Ahli Politik Antara 16 Dirakam Keterangan

oleh Mohd Arshad
21/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai lima ahli politik dikenal pasti antara 16 individu yang dipanggil pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijangka berlangsung pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti penganjur perhimpunan tersebut.

“Kita sudah panggil 16 individu dan lima daripadanya adalah ahli politik tetapi identiti mereka tidak boleh didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.

“Kami sedang dalam proses lengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan aktivis, Adam Adli Abdul Halim hadir ke IPD Dang Wangi di sini untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan tersebut.

Adam Adli dilihat hadir di IPD Dang Wangi bersama peguamnya kira-kira jam 2.40 petang mengaku memberi kerjasama kepada polis selain tidak menolak kemungkinan akan dipanggil semula.

-Sinar Harian

Tags: #TangkapAzamBakiAzam BakiIsu Azam BakiPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dakwa Mahdi Di Sabah, Pemilik Akaun FB Disiasat

Next Post

Syed Saddiq Berdepan Hukum Karma

Related Posts

SPRM Tak ‘Pilih Bulu’, Wartawan Atau Ahli Politik Tiada Pengecualian – Azam Baki

SPRM Tak ‘Pilih Bulu’, Wartawan Atau Ahli Politik Tiada Pengecualian – Azam Baki

02/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan pihaknya tidak pernah bersikap 'pilih bulu'...

Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan seorang petugas media di...

Next Post

Syed Saddiq Berdepan Hukum Karma

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd