Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Pelan Induk Pacu Budaya...

PUTRAJAYA - Tujuh teras strategik digariskan dalam Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan...

Little Caliphs Terima Pengiktirafan...

SHAH ALAM – ‘Program Little Hajj 2017’ yang disertai 5,684 kanak-kanak daripada Tadika...

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho...

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila...

Jangkitan COVID-19 Di Singapura...

SINGAPURA: Jangkitan COVID-19 di Singapura menunjukkan peningkatan ketara, kata Kementerian Kesihatan (MOH), hari...

Tanah Mendap Di Lestari Perdana Kali Kedua Berlaku

Seri Kembangan : Kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, di sini, semalam disahkan kali kedua berlaku.

Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar, berkata mengikut rekod, kejadian tanah mendap berlaku pada 2017 di lokasi sama.

“Kerja pemulihan dijangka mengambil masa kira-kira seminggu. Ketika ini, kerja memasang cerucuk di sekitar kawasan ini sedang giat dijalankan sejak semalam.

“Ia bagi memastikan tiada pergerakan tanah bagi mengelak kejadian berulang. Kami memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Laporan kejadian akan disiapkan sejurus kajian tanah mendap dapat dilakukan sepenuhnya,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan.


Sementara itu, Anbalagan berkata, sebanyak 17 premis komersial di sekitar kawasan berkenaan diarahkan memberhentikan operasi perniagaan untuk sementara waktu.

“Premis terletak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian diarah untuk memberhentikan sebarang operasi.

“Kami juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan memaklumkan kepada pemilik premis untuk hentikan operasi sehingga kami dapat pastikan keadaan kembali selamat sepenuhnya,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori