Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

Peniaga Kedai Aksesori Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga kedai aksesori yang nekad melakukan beberapa jenayah samun...

Pesawat Diubahsuai Jadi Restoran...

SEBUAH restoran di Wuhan, China mencipta fenomena tersendiri apabila menggunakan badan pesawat sebagai...

Beri Peluang Najib Pimpin...

KUALA PILAH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi peluang...

100 Ahli UMNO Dari...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima...

SMTrack Dikuasai Semula Tan Choon Hwa Ketuai Konsortium Prasarana 5G

KUALA LUMPUR : SMTrack Bhd dilapor bakal mengetuai sebuah konsortium bagi menyediakan pembiayaan modal untuk pelaksanaan prasarana teknologi 5G.

Berikutan usaha kerajaan untuk memperkenalkan program 5G di negara ini, konsortium itu membentuk suatu usaha sama terdiri daripada syarikat strategik telekomunikasi.

Difahamkan bersama SMTrack ialah CHHB, Jiankun International Bhd, Sersol, Techna-X Bhd, MQ Technology Bhd dan 5G Infratech Solutions Sdn Bhd.

Satu majlis pengumuman rasmi dijadualkan pagi ini oleh konsortium ini di sebuah hotel di Petaling Jaya yang mana jemputan kepada media telah diedarkan. Mengikut jemputan tersebut, Pengerusi Teraju Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dijadual hadir.

Syarikat-syarikat yang menganggotai konsortium itu kebanyakannya terlibat di dalam aktiviti pembinaan dan kejuruteraan prasarana telekomunikasi termasuk pelaksanaan 5G, dijangka merasmikan pakatan mereka pada majlis tersebut.

Bagaimanapun menurut sumber, butiran terperinci hanya akan diumumkan sama ada berbentuk pegangan saham terbesar di dalam syarikat sasaran atau menyediakan pembiayaan bagi pelaksanaan rangkaian 5G.

Sementara itu pada Khamis 13 Januari lalu, Datuk Seri Tan Choon Hwa mengambil alih 5 juta saham di dalam SMTrack Bhd di pasaran terbuka, sekali gus menjadikannya pemegang saham terbesar syarikat dengan pegangan 35.5 juta saham atau 5.5% saham terbitan.

Seorang lagi pengarah, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat juga dijangka menambah pegangan sahamnya minggu ini, menurut sumber.

‘’Pengambilalihan saham itu perlu bagi mengembalikan kawalan terhadap hak mengundi syarikat selepas pegangan saham mereka lupus di bawah 5% berikutan pembesaran modal saham syarikat setelah proses pertukaran nota boleh tebus.


Pada 6 Januari lalu, Tan telah muncul sebagai pemegang saham terbesar syarikat rumusan pengenalan berfrekuensi radio itu, setelah meningkatkan pegangan sahamnya daripada 3.16% kepada 5.4%.

Pada 7 Januari pula, Datuk Wira Lim, yang merupakan Pengarah Urusan Sersol Bhd. juga muncul sebagai pemegang saham besar syarikat setelah mengambil alih 29 juta saham atau 5.14% kepentingan menerusi transaksi di pasaran terbuka.

Pada hari yang sama, Tan dan Lim dilantik menganggotai Lembaga Pengarah SMTrack.

Ketika pasaran ditutup pada Jumaat lalu, SMTrack mencatatkan kaunter kedua paling aktif diniagakan telah menyaksikan transksasi 169.2 juta saham.

Sahamnya ditutup pada harga 29 sen sesaham selepas berlaku lantunan tinggi sebelum pasaran tamat.

Saham SMTrack telah meningkat daripada paras 16 sen sesaham ketika Tan Sri Lee Kim Yew, pengasas dan pengerusi eksekutif Country Heights Holdings Bhd muncul sebagai pemegang saham terbesar SMTrack pada 29 Disember 2021, selepas memiliki 28.5 juta saham atau 5.05% di pasaran.

Sejak itu, harga saham SMTrack terus mencatat kenaikan dan kini berada di paras 29 sen sesaham.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori