• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Terhadap Dakwaan Salah Laku Azam Baki Masih Terbuka

oleh AK-47
11/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Siasatan berkaitan “alegasi salah laku” terhadap Tan Sri Azam Baki masih terbuka. Demikian tegas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang, hari ini.

Beliau menambah, mana-mana agensi yang mempunyai kuasa di atas pendapat dan seliaan daripada Pejabat Peguam Negara boleh meneruskan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

“Saya mahupun mana-mana rakan anggota saya yang lain dalam LPPR, saya percaya, tidak langsung berhasrat untuk menghalang siasatan lanjut itu, jika ada, malah adalah digalakkan atas konsep kedaulatan undang- undang.

“Ini supaya nama baik dan integriti SPRM akan sentiasa berada di tahap tertinggi menurut lunas undang-undang,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata kenyataan penuh 13 muka surat yang diedarkan pada 5 Jan lalu tidak dilaporkan secara menyeluruh oleh sesetengah media sehingga menyumbang salah tanggap dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ia termasuk pandangan dan cadangan LPPR, yang mahukan siasatan menyeluruh dijalankan.

“Terdapat pelbagai isu selain isu berkaitan ‘alegasi salah laku’ terhadap Azam, yang telah diberi pandangan dan pendapat oleh LPPR, tetapi itupun tidak disentuh dan dilaporkan media.

“Apatah lagi, video berkaitan sidang media yang tertular, cuma memaparkan sebahagian kecil kenyataan saya.

“Walau apapun, saya sebagai Pengerusi LPPR sememangnya sedar dan tahu bahawa LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM, dan cuma mempunyai kuasa untuk memberi pandangan dan cadangan tentang cara siasatan wajar dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu, selari dengan peruntukan Seksyen 13(5)(a) Akta 694,” katanya.

Tambah Abu Zahar, LPPR juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku khususnya berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.

Sebelum ini, Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mac 2020, terpalit kontroversi berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015.

Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, beliau memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016 ketika menjadi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.

Bagaimanapun, Abu Zahar dalam sidang media pada 5 Jan lalu dilaporkan berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhajaya SPRM itu bahawa beliau tiada kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham berkenaan.

-Awani

Tags: Abu ZaharAzam BakiSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Ugutan Jenayah Babit Azam Baki Dikategorikan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

Dakwaan Ugutan Jenayah Babit Azam Baki Dikategorikan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

10/06/2026
0

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd