• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Suami Disiasat PDRM, Zeti Pula Disiasat SPRM?

oleh Mohd Arshad
22/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Siasatan ke atas suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr. Tawfiq Ayman berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dipercayai telah dilengkapkan dengan cadangan pertuduhan dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, siasatan yang dimulakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih menumpukan berhubung penerimaan wang ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura yang diperolehi hasil dari terbitan RM5 bilion oleh AmBank pada tahun 2009.

Kata sumber itu, siasatan yang dijalankan PDRM adalah prosedur yang sama bagi individu-individu lain yang telah dituduh hasil penerimaan wang daripada aktiviti haram.

Bagaimanapun, kata sumber itu, satu siasatan lain turut dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku membabitkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

“Siasatan telah pun dilakukan SPRM selepas suruhanjaya itu menerima aduan daripada sebuah Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak agar siasatan dilakukan terhadap Zeti dan Nor Mohamed pada 22 Disember lalu.

“Aduan yang dibuat kepada SPRM adalah mengenai pendedahan pihak berkuasa Singapura yang telah memberitahu BNM pada tahun 2015 dan 2016 mengenai transaksi yang mencurigakan oleh sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Tawfiq dan ketika itu, Zeti masih menjadi Gabenor Bank Negara.

“Dakwaan itu dikuatkan lagi, apabila SPRM mengesahkan kerajaan Singapura telah membantu dalam pemulangan aset dikaitkan dengan 1MDB sebanyak RM65 juta (AS$15.4) kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. dikaitkan dengan Tawfiq dan bekas pegawai kanan firma NTUC, Samuel Goh Sze-W,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, kata sumber lagi, siasatan membabitkan dakwaan berkenaan masih di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram 2001.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, SPRM juga masih belum memanggil Zeti serta mana-mana individu terlibat setakat ini.

-Utusan Online

Tags: SPRMZeti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jaguh-Jaguh Badminton Dunia Kesal Cara BAM Layan Zii Jia

Next Post

Zii Jia Kena ‘Gam’ Dua Tahun

Related Posts

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Zii Jia Kena 'Gam' Dua Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd