• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: MIC Johor Harap BN Kekal Kerusi Tradisi

oleh Mohd Arshad
22/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: MIC Johor berharap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan empat kerusi tradisinya untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Penerangan MIC Johor S. Deva berkata kerusi terbabit ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan Kahang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) serta kerusi yang tewas iaitu Gambir dan Skudai.

Beliau berkata hasrat itu adalah antara perkara yang dibangkitkan MIC Johor dalam mesyuarat khas MIC pusat di Kuala Lumpur berhubung persediaan PRN semalam.

“Selain itu, MIC bahagian telah mengeluarkan usul memandangkan DUN Permas juga kerusi tradisi kita… minta kerjasama UMNO untuk mempertimbang kerusi ini dikembalikan kepada MIC dengan rela,” katanya kepada pemberita pada program agihan barangan segar anjuran Penyelaras MIC DUN Permas di Taman Cendana di sini hari ini.

Deva berkata demikian ketika diminta mengulas kerusi yang akan ditandingi MIC sekiranya PRN diadakan di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan untuk menentukan percaturan kerusi parti itu diserahkan kepada MIC pusat serta pucuk pimpinan BN.

Deva juga berkata ketiadaan parti Gerakan di dalam BN dilihat akan memberi peluang kepada parti komponen seperti MIC atau MCA untuk meletakkan calonnya di kerusi DUN Bukit Batu dan Pemanis yang ditandingi Gerakan pada PRU14.

“Gerakan sudah tidak wujud di Johor… kerusi-kerusi Gerakan mungkin jadi perbincangan untuk diberikan kepada parti komponen yang berdiri teguh dengan UMNO, mungkin MIC atau MCA,” katanya.

Bernama-

Tags: BNMIC JohorPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd