• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: PH Akan Bertanding 56 Kerusi DUN

oleh Mohd Arshad
24/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Perkara itu dimakluman Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.

Jelasnya, PH membuka ruang kepada semua parti pembangkang untuk bertanding di bawah PH bagi menentang UMNO dan Perikatan Nasional (PN).

“Ada beberapa persetujuan awal, kita akan membuka ruang merangkul semua kekuatan pembangkang dan society untuk pastikan ada perubahan.

“Kalau ada sedikit-sedikit keretakan tidak akan membantu.. jadi kita kena ada satu suara, satu strategi untuk memastikan kerajaan UMNO dan PN ini dikalahkan, bermula di Johor,” jelasnya ketika ditemui selepas mesyuarat PH di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Tambahnya, keputusan sama ada PH akan mengunakan logo PKR atau sebaliknya akan dimuktamadkan dalam tempoh dua hari lagi.

“Logo kita juga ada zahirkan tadi. Berdasarkan pengalaman, akar umbi terhadap Keadilan itu agak kuat, logo Keadilan digunakan.

“Tapi pandangan kawan-kawan lain merasakan lebih sesuai (logo) Pakatan Harapan digunakan, jadi kita akan muktamadkan dua hari lagi,” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara parti politik di bawah PH, jelasnya perkara itu diserahkan kepada pimpinan PH Negeri Johor untuk menentukannya.

“Pembahagian kerusi kita serah kepada (PH) Johor, kira ada beri pemakluman. Dia (PH Johor) akan laporkan dekat kita, ya 56 kerusi,” jelas Anwar lagi.

Tambah Anwar, strategi mengumpulkan semua parti pembangkang itu adalah untuk membawa perubahan di negeri Johor.

“Semua pembangkang bermakna Pejuang, Warisan dan Muda dan civil society yang lain, strategi kita mesti merangkul semua pembangkang.

“Walaupun ada beberapa perbedaan pendapat lain, tapi sekurang-kurangnya ada satu pendapat yang sama iaitu bawa perubahan, menolak rasuah, penyelewengan dan menjadikan wadah yang boleh memperjuangkan aspirasi rakyat,” jelasnya lagi.

-Awani

Tags: kerusiPHPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan 'meraikan' yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd