• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Mazlan Bujang Keluar Parti, Sokong Kepimpinan Hasni Mohammad

oleh AK-47
27/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang hari ini mengumumkan beliau, dan 23 ahli bahagian lain, keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta-merta.

Dalam satu sidang media hari ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berkata, beliau masih tidak menyertai mana-mana parti, namun memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Hasni Mohammad selaku Menteri Besar Johor.

Tambahnya lagi, keputusan itu difikirkan selepas mengambil kira kepentingan untuk mewujudkan Kerajaan Johor yang stabil, dan juga faktor dua Menteri Besar di bawah Pakatan Harapan sebelum ini gagal mentadbir negeri dengan baik.

“Keputusan ini berdasarkan kepada keperluan, untuk membentuk semula kerajaan negeri yang stabil, kepimpinan diyakini, dan serta kegagalan dua MB PH sebelum ini mentadbir Johor dengan baik. Bersatu dan Pakatan Harapan juga dilihat gagal, mengemukakan calon MB yang layak.

“Saya juga merayu semua ahli dan penyokong saya dan parti Bersatu sendiri untuk fikir, dan sokong Hasni Mohammad, dan Barisan Nasional dalam PRN yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya lagi.

Terdahulu, Mazlan bersama dua lagi bekas ADUN dari Bersatu, akan meninggalkan parti mereka dan menyertai parti baharu.

Sebelum ini media melaporkan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya itu sebagai berkata, beliau merasakan seolah-olah ‘dianaktirikan’ dalam parti sendiri.

Dipercayai kemelut antara beliau dan pimpinan parti sudah berlarutan sekian lama, semenjak krisis pertukaran Menteri Besar Johor dari Allahyarham Datuk Osman Sapian kepada Datuk Sahruddin Jamal.

Selain itu, ia diburukkan lagi dengan pengambilalihan jawatan beliau selaku Ketua Bersatu Johor oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga merupakan Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional, pada 2020.

Mengulas mengenai seorang pemimpin kanan Bersatu Johor, bahawa beliau tidak pernah menghadiri mesyuarat di peringkat negeri yang dipengerusikan Muhyiddin, Mazlan berkata, sekurang-kurangnya beliau menghantar wakil.

“Hari ini saya boleh bercakap, selama saya dilantik sebagai Ketua Bersatu Johor, yang surat lantikan itu oleh Presiden saya sendiri, dan saya diboikot, tak pernah Pagoh (Muhyiddin) hantar wakil dalam mesyuarat bahagian.

“Bila jawatan saya diambil oleh dia (Muhyiddin), perlu ke saya hadir untuk menghormati dia sedangkan dia tak pernah hormati saya?” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, beliau tidak menafikan ada tawaran dari parti-parti lain, namun dalam menghormati rakan-rakannya itu, beliau akui perbezaan ideologi yang memisahkan mereka.

-Awani

Tags: Mazlan BujangPimpinan Hasni MohamadPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor Membuktikan Majoriti Anak Muda Bersama BN

PRN Johor Membuktikan Majoriti Anak Muda Bersama BN

26/07/2022
0

Banyak propaganda disebarkan pengundi muda akan menolak Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung Mac lalu. Ikuti...

PRN Melaka, Johor Babit Kos RM141 Juta

22/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang ke-15 membabitkan kos berjumlah RM141 juta. Timbalan Menteri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd