• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: BN Boleh Guna Pendekatan Sama Seperti PRN Melaka – Mahdzir

oleh Mohd Arshad
25/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) boleh mengambil pendekatan yang sama untuk digunakan semasa kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk menghadapi PRN Johor kelak kerana strategi yang digunakan membuktikan kejayaan itu berpihak kepada parti itu.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata namun begitu apa jua strategi yang diambil akan diberikan sokongan padu oleh jentera parti.

“BN boleh menggunakan pendekatan dan strategi yang diambil semasa di PRN Melaka kerana ia (BN) ada peluang untuk menang di PRN Johor,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Sebelum ini, BN Johor menyatakan cadangan bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN berkenaan.

Pada PRN Melaka Nov tahun lepas, BN menang 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus mendapat majoriti lebih 2/3 kerusi dan menubuhkan kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, mengenai pertemuannya dengan Ahmad, beliau berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan kerajaan negeri Kelantan hari ini bersetuju untuk mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi projek berkepentingan rakyat.

“Pengambilan tanah itu membabitkan projek di bawah agensi KPLB, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini akan diperkemaskan sebagai susulan kepada persetujuan yang dicapai hari ini dan menetapkan sasaran dalam tempoh lima bulan untuk menggerakkan inisiatif yang dipersetujui tersebut,” katanya.

Bernama-

Tags: BNMahdzir KhalidPRN JohorPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd