Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Warden Asrama Belasah Murid...

ALOR SETAR - Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh...

Pusat Transit Beri Harapan...

KUALA LUMPUR - Bagi gelandangan yang mahu dikenali sebagai Zali, 38, yang tidur...

Gerakan Harapan Baru: PAS...

SUSULAN penubuhan Gerakan Harapan Baru yang diumumkan awal minggu ini, PAS dilaporkan menolak...

Pemotongan Mata: 4 Pasukan...

KUALA LUMPUR - Empat pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang dikenakan hukuman potong enam...

Presiden Kazakhstan Arah ‘Tembak Mati Tanpa Amaran’

ALMATY : Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, semalam menolak desakan untuk berunding dengan pihak penunjuk perasaan, selepas pergolakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini tercetus sejak beberapa hari lalu.

Sebaliknya, beliau berikrar menghapuskan ‘penyamun bersenjata’ dan memberikan kuasa kepada pasukan keselamatan untuk menembak mati tanpa amaran.

Tokayev ketika menyampaikan perutusan bernada keras itu turut menzahirkan ucapan ‘terima kasih khas’ kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, selepas pakatan tentera diketuai Moscow menghantar pasukan ke Kazakhstan bagi membantu menangani krisis berkenaan.

Koresponden AFP mendakwa, pasukan keselamatan bertindak menutup kawasan strategik di Almaty – bandar terbesar di Kazakhstan serta menjadi pusat insiden ganas baru-baru ini – dan melepaskan tembakan ke udara jika ada sesiapa menghampiri.

Keadaan di tempat lain sekitar bandar ini pula dilihat umpama ‘pekan terbiar’ dengan bank, pasar raya dan restoran ditutup.

Beberapa kedai kecil masih beroperasi tetapi makanan disediakan habis dijual dalam masa singkat.

Tokayev berkata, ketenteraman sudah pulih di sebahagian besar kawasan seluruh Kazakhstan, selepas insiden tunjuk perasaan tercetus minggu ini bagi membantah kenaikan harga minyak sehingga berlaku keganasan meluas.


“Pengganas berterusan merosakkan harta benda dan menggunakan kekerasan senjata ke atas orang awam.

“Saya sudah mengarahkan pasukan pihak berkuasa untuk menembak mati tanpa amaran,” katanya dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen.

Beliau sekali gus menyifatkan desakan pihak luar negara supaya rundingan diadakan berhubung pergolakan itu, sebagai ‘karut’.

“Kita sedang berdepan penyamun bersenjata dan terlatih, kedua-dua tempatan serta asing. Penyamun bersama pengganas. Justeru, mereka mesti dihapuskan. Ini akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya.

Kazakhstan kini berdepan krisis terbesar dalam tempoh berdekad-dekad, selepas sekian lama dilihat sebagai antara republik bekas Soviet yang paling stabil di Asia Tengah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori