Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Penjara Seberang Perai Cari...

BUTTERWORTH - Penjara Seberang Perai mencari anggota keluarga atau waris kepada seorang banduan...

Kerajaan Perlu Tolak Cadangan...

IPOH – Kerajaan wajib menolak cadangan pihak tertentu supaya mengkaji semula buku teks...

Perebutan Harta Prince Bernilai...

Perebutan harta mendiang penyanyi Prince bernilai RM1.2 bilion telah memasuki episod baru selepas...

Raja Perlis Tidak Mahu...

ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini menzahirkan rasa...

Polis Terima Laporan Raja Bomoh

TELUK INTAN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada Ibrahim Mat Zin yang dikenali sebagai Raja Bomoh berhubung dakwaan mengadakan upacara yang bertentangan ajaran Islam di Dataran JPS dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan polis berhubung kes itu diterima pihaknya pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Laporan polis itu dibuat Ibrahim bagi menafikan upacara yang dilakukannya itu bertentangan dengan akidah dan syariat Islam sebaliknya dia hanya mendoakan keselamatan penduduk supaya tidak berlaku banjir.

“Laporan tersebut telah dirujuk kepada pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk siasatan pihak mereka,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, satu laporan polis berkaitan perbuatan Ibrahim dan seorang wanita dikenali ‘Puteri Zaleha’ telah dibuat semalam oleh Ketua Polis Balai Teluk Intan.

“Laporan tersebut juga telah dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, satu kertas siasatan dibuka terhadap perbuatan Ibrahim melakukan upacara dipercayai menolak musibah banjir bersama seorang wanita.


Menurut beliau, perbuatan dua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.

Menerusi rakaman berdurasi 25 minit yang tular di media sosial semalam, Ibrahim mendakwa upacara berkenaan adalah petua zaman dahulu dan meminta semua tempat surut air (tidak banjir) bukan saja di Teluk Intan tetapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia.

Puteri Zaleha pula mendakwa tilikannya menunjukkan Teluk Intan akan ditenggelami banjir dan apa yang dilakukan itu bagi mengelak musibah bencana itu.

Dalam rakaman itu, Ibrahim dan Puteri Zaleha turut berdoa kepada Allah SWT di mana kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan al-Quran. Turut kelihatan bahan seperti beras, kunyit, bunga dan pelbagai jenis daun.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori