• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

oleh Mohd Arshad
22/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata kedua-dua pihak turut berbincang mengenai pengagihan kerusi meskipun gabungan parti itu berpendirian tiada keperluan PRN di negeri itu diadakan ketika ini, namun tetap bersedia jika pengumuman itu dibuat.

“Namun, pendirian kita pilihan raya itu tidak wajar, memandangkan rakyat masih berduka kerana berdepan dengan ancaman COVID-19, banjir dan tekanan ekonomi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengenai persiapan pakatan itu menghadapi PRN berkenaan, Aminolhuda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani berkata pihaknya akan mempertaruhkan rekod perkhidmatan baik kerajaan negeri di bawah PH selama 22 bulan sebelum ini.

“Kita ada ‘track record’ yang baik sepanjang 22 bulan mentadbir kerajaan negeri….Oleh itu, kita berharap rakyat khususnya pengundi Johor dapat menilai prestasi ditunjukkan termasuklah program bantuan air percuma, kad sihat B40 dan kad takaful warga emas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse yang juga ADUN Bukit Batu berkata PRN Johor bakal menyaksikan situasi berbeza berbanding keputusan dicatat PH dalam PRN Melaka dan Sarawak, sebelum ini.

“Kita akan utamakan calon tempatan dengan kemungkinan menambah jumlah calon muda dan wanita dalam PRN Johor, namun fokus utama tetap kepada isu pendapatan orang Johor terutamanya dengan isu barang naik akan menjadi isu tumpuan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang juga ADUN Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad berkata semua blok pembangkang perlu ada persefahaman di bawah konsep ‘khemah besar’ bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

Sebelum ini, PH Johor dalam satu kenyataan menyatakan komitmen mereka untuk memastikan kestabilan politik negeri Johor dengan menyokong kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sehingga tamat penggal, sekali gus menolak PRN negeri diadakan.

Khabar angin mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bertiup kencang, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian bulan lepas menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.

Pada masa ini, kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).

Bernama-

Tags: Aminolhuda HassanmudaPH JohorPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd