Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Terpadamkah Sudah Obor Keadilan...

SABTU lalu, media melaporkan kes pembunuhan Ahli Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup...

Video Kanak-Kanak 5 Tahun...

DANNA Gomez baru berusia lima tahun namun dia umpama seorang profesional ketika menyolek dirinya sendiri.Danne...

Hujan Bantu Reda Jerebu...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat yang bermula pukul 7 pagi tadi menambah baik...

KJ Gagal Jadi Pejuang...

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Menteri Belia dan...

Pendakwaan Long Tiger Ditangguh Esok

Tangkak : Prosiding pendakwaan terhadap lelaki Rohingya, Long Tiger atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu yang dijangka dijalankan hari ini terpaksa ditangguhkan esok.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, prosiding pendakwaan terhadap Long Tiger yang sepatutnya dijalankan di Mahkamah Majistret Tangkak hari ini ditangguhkan.

“Polis cuma dimaklumkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk melakukan prosiding pendakwaan pada esok,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu media melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, Abd Hamim akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

“Long Tiger dijangka didakwa 19 Januari ini di Tangkak selepas perintah tahanan remannya berakhir,” katanya.

Pada 6 Januari, Abd Hamim, 33, dilaporkan masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula 5 Januari sehingga semalam.


Long Tiger dilaporkan meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, dipercayai dalam perjalanan menyelinap ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, pada 28 Disember.

Long Tiger meloloskan diri melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Muar.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori