• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tetap Ajak BERSATU, UMNO Kerjasama

oleh Mohd Arshad
23/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : PAS tetap akan berusaha menjayakan kerjasama tiga penjuru di antara parti itu dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin, berkata kegagalan menterjemahkan kerjasama sedemikian pada PRN Melaka sebelum ini tidak akan melemahkan kesungguhan PAS kerana ia bukan berpunca daripada pihaknya.

Katanya, sekiranya terdapat halangan, PAS sentiasa membuka pintu rundingan untuk mencapai kesepakatan.

“Masih kedua-duanya (hasrat kerjasama dengan UMNO dan BERSATU), kalau ditakdirkan ada halangan, itu yang ada pintu rundingan. Macam semalam Datuk Tuan (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) sendiri kata nak teruskan rundingan dengan UMNO.

“(Kegagalan bekerjasama di Melaka) itu bukan berpunca daripada PAS, yang tak dapat buat itu kerana keputusan UMNO.

“Walaupun begitu, kita tak akan putus asa. Kita akan terus mengajak, menyeru ke arah perpaduan ummah,” katanya kepada BH, hari ini.

Pada PRN Melaka, PAS memutuskan untuk bersama BERSATU dan bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN) walaupun sebelum itu terdapat beberapa siri rundingan bersama UMNO.

Namun PAS tewas kesemua lapan kerusi yang ditandinginya dan penganalisis menyatakan PAS sepatutnya lebih tahu untuk memilih gandingan yang betul jika berlaku lagi pilihan raya.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi perkenan pembubaran DUN Johor, berkuat kuasa semalam, bagi memberi laluan kepada PRN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hanya seorang wakil PAS Johor menang kerusi DUN iaitu Najib Lep di Bukit Pasir.

Mengulas lanjut, Hashim, menegaskan kerjasama PAS dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) sebenarnya masih belum tamat walaupun tidak bekerjasama pada PRN Melaka.

Katanya, bagi PAS, perpaduan ummah tetap menjadi matlamat utama perjuangan kerana ia diperintahkan Tuhan.

“Ia bukan idea UMNO, bukan idea PAS malah bukan idea BERSATU, tetapi Tuhan yang suruh kita berpadu dalam ummah ini. Ayat al-Quran, hadis cukup banyak yang menyeru ke arah itu.

“Jadi apapun yang dibuat, kita tak akan lari daripada perpaduan ummah. Apa sahaja jalan yang boleh bawa kepada perpaduan ummah kita akan teruskan.

“Tidak kiralah untuk menghadapi PRN Johor, PRU-15 dan selepas daripada itupun kerana perintah Tuhan tak ditarik balik dan kita kena buat. Itulah dasar yang kita pegang,” tegasnya.

BHonline-

Tags: BERSATUPASPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Johor: Kalau BN Pusat Beri ‘Green Light’, MIC Boleh Tanding Lima Kerusi – Hasni

Next Post

Guru Berpolitik: ‘Jangan Sampai Ganggu Tugas Hakiki’ – PM

Related Posts

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

31/05/2025
0

SERIAN: UMNO sudah menerima surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz....

Next Post

Guru Berpolitik: 'Jangan Sampai Ganggu Tugas Hakiki' - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd