• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Miskin Tolak 100 Juta Dos Vaksin COVID-19 Hampir Luput

oleh Mohd Arshad
14/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS: Negara miskin menolak lebih 100 juta dos vaksin COVID-19 yang diedarkan menerusi program COVAX bulan lalu terutama kerana sudah hampir tarikh luput.

Menurut seorang pegawai Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) semalam, ketiadaan kemudahan peti sejuk bagi menyimpan vaksin turut menjadi punca penolakan itu.

Masalah itu membuktikan betapa sukarnya untuk mengagihkan vaksin kepada penduduk dunia meskipun bekalan suntikan semakin meningkat, dengan COVAX sendiri menyerahkan hampir satu bilion dos kepada 150 negara.

“Lebih 100 juta dos vaksin ditolak hanya pada bulan Disember saja,” kata Pengarah Bahagian Bekalan di agensi PBB itu, Etleva Kadilli, dalam taklimat kepada Ahli Parlimen Eropah.

Beliau berkata, punca utama penolakan adalah jangka hayat vaksin yang singkat

Menurutnya, daripada 100 juta dos yang ditolak, sebanyak 15.5 juta terpaksa dimusnahkan selepas ditolak oleh beberapa negara.

UNICEF bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan mengenai jumlah dos yang ditolak setakat ini, sebagai tambahan kepada yang ditolak pada Disember lalu.

Bulan lalu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata negara kaya yang menderma vaksin dengan jangka hayat yang agak singkat menjadi ‘masalah utama’ program COVAX.

Banyak negara menimbulkan keraguan tahap tinggi terhadap vaksin meskipun sedang mengalami bebanan sistem penjagaan kesihatan.

Suruhanjaya Eropah berkata, menjelang akhir tahun lalu, EU menyediakan hampir 380 juta dos kepada negara miskin, dengan hanya 255 juta dihantar manakala banyak dos lain disimpan untuk digunakan di negara yang miskin tegar.

Sebuah badan amal, CARE, mendedahkan data UNICEF menunjukkan sebanyak 681 juta dos yang dihantar kini disimpan di kira-kira 90 negara yang miskin tegar dan lebih daripada 30 negara miskin.

Antaranya termasuk negeri besar seperti Republik Demokratik Congo dan Nigeria, yang menggunakan kurang separuh daripada dos yang mereka terima.

Jurucakap GAVI, sebuah badan yang mengurus vaksin bersama COVAX, berkata tahap penyimpanan yang tinggi disebabkan oleh lonjakan dalam penghantaran pada suku terakhir, terutamanya pada bulan lalu.

GAVI menyatakan bahawa kebanyakan vaksin yang dihantar oleh COVAX baru-baru ini mempunyai jangka hayat yang panjang dan disebabkan itu, ia tidak mungkin dibazirkan.

BHonline-

Tags: Dos Vaksin Covid-19UNICEFwho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sindiket Tumpas, Dadah RM1.5 Juta Dirampas

Next Post

ADUN Ditahan Positif Dadah

Related Posts

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

12/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) terkejut dan bimbang dengan laporan 402 kanak-kanak dan remaja daripada beberapa...

Next Post

ADUN Ditahan Positif Dadah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd