• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MFPC Sokong Tidak Benarkan Lagi Pengeluaran KWSP

oleh AK-47
10/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Perancangan Kewangan Malaysia(MFPC) menyokong keputusan kerajaan yang tidak berhasrat untuk membenarkan lagi skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

MFPC dalam kenyataannya pada Isnin berkata, pihaknya menyokong inisiatif untuk menggalakkan serta penawaran insentif bagi tujuan simpanan jangka panjang menerusi Skim Persaraan Swasta (PRS) yang dapat membantu mengurangkan isu dana persaraan yang tidak mencukupi.

Malah, caruman wajib KWSP itu merupakan teras dalam jaminan kewangan ahli pada usia tua dengan lebih 14 juta rakyat negara ini bergantung kepada dana persaraan itu sebagai jaminan jaringan persaraan masing-masing.

“Pendekatan menggunakan simpanan KWSP bagi menampung keperluan kecemasan akan memberi impak serius kerana menyebabkan ahli mengalami kekurangan simpanan ketika usia persaraan selain ketidaktentuan lain seperti kos penjagaan kesihatan.

“Isu simpanan tidak mencukupi misalnya adalah sesuatu yang membimbangkan berikutan median simpanan golongan B40 adalah pada RM1,000. Jika keadaan itu berterusan sehingga tempoh persaraan, mereka akan hanya mempunyai RM4 sebulan untuk dibelanjakan selama 20 tahun.

“Bagi golongan M40 pula, simpanan sebanyak RM25,000 itu adalah sekitar RM104 sebulan bagi tempoh sama,” katanya.

Kaji Selidik Kebangsaan MFPC 2020 mengenai Keupayaan Kewangan dan Penggunaan Perkhidmatan Nasihat Kewangan di Malaysia, mendedahkan bahawa sebahagian besar rakyat negara ini secara amnya mempunyai kapasiti kewangan yang terhad, tidak tahu menguruskan wang masing-masing selain tiada perancangan atau menabung.

Selain itu, tahap literasi kewangan yang rendah juga menjadi antara punca utama simpanan yang rendah iaitu sekitar 36 peratus.

“Oleh itu, menyedari cabaran tersebut, kami berada di barisan hadapan dari segi meningkatkan aspek literasi kewangan dalam kalangan rakyat. Ini turut memaparkan tanggung jawab sosial korporat selain inisiatif kami untuk menangani keperluan meningkatkan aspek pengetahuan kewangan tersebut.

“Ini jelas dibuktikan menerusi pelbagai program perancangan kewangan sepanjang tahun yang kami anjurkan tanpa sebarang unsur pengkomersialan atau pembayaran yang melibatkan rakyat di segenap peringkat dan latar belakang.

“Pada masa sama, kami amat gembira kerana program terbabit mendapat sambutan baik dengan penyertaan yang menggalakkan serta memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 500,000 rakyat Malaysia di serata negara sejak dimulakan pada 2007,” katanya.

Dalam pada itu, MFPC turut menggesa pihak institusi kewangan untuk bertindak menambah baik aspek perantara kewangan termasuk bank, perunding unit amanah dan ejen insurans dalam pengetahuan dan kemahiran profesional bagi memastikan rakyat mendapat khidmat nasihat perancangan kewangan persaraan yang amat diperlukan.

“Kami yakin inisiatif kolaboratif kami secara kolektif ini akan memberi manfaat kepada rakyat dari segi mengutamakan keperluan kewangan masa depan yang terjamin serta mengharungi usia persaraan yang tenang tanpa tekanan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: KWSPMFPCPengeluaran KWSP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Digugur Daripada Senarai Saksi Pembelaan Pada Saat Akhir

Next Post

Tiada Vaksin Tamat Tempoh, KKM Pantau Melalui VMS

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Tiada Vaksin Tamat Tempoh, KKM Pantau Melalui VMS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd