• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makkal Sakti Sedia Bantu BN Menang Besar

oleh Mohd Arshad
31/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) sudah bersedia untuk membantu mengembalikan mandat rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran berkata, parti itu teguh bersama BN dan mahu memberi kemenangan besar kepada BN.

“Kami hanya ingin memastikan kekuatan BN diperkukuhkan, kami yakin kami bersedia.

“Kalau bukan sekarang bila lagi, Makkal Sakti adalah kuasa rakyat. Biar mandat rakyat diberikan kepada BN!,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan Makkal Sakti berhasrat untuk bertanding dalam PRN Johor atas tiket BN.

Thanenthiran berkata, permohonan untuk bertanding sudah disuarakan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana sebelum ini pucuk pimpinan BN memberikan maklum balas positif berhubung permintaan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, Makkal Sakti tidak menetapkan apa-apa syarat atau bilangan kerusi yang dipinta.

“Kita hanya perlukan peluang untuk bertanding kerana selama ini kita tidak mengharapkan apa-apa pun melainkan kesejahteraan rakyat.
“Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memperlihatkan banyak ‘orang baharu’ telah memenangi kerusi dari orang lama apabila berlaku tsunami politik. Ini adalah masanya untuk pastikan kerusi-kerusi mereka yang sudah pun hilang entah ke mana selepas menang dibawa balik kepada BN,” katanya.

Thanenthiran menambah, beliau bersama seluruh Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Makkal Sakti Johor meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Khas bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Ahad.

Ujarnya, mesyuarat itu membincangkan strategi baharu dan kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.

“Memang sudah lama kami bersama BN, sentiasa setia dan berjuang hingga saat terakhir tanpa mengharapkan apa-apa. Namun rakyat harus dibela dan hak mereka harus diperkuatkan.

“Banyak parti sudah angkat kaki atau pun mencari haluan masing masing, ada juga yang senang-senang lompat ke sana sini, namun percayalah Makkal Sakti tidak boleh dibeli dengan wang ringgit atau apa jua pangkat dan kuasa. Setia kami kepada BN dulu, kini dan selamanya!,” tegasnya lagi.

SinarHarian-

Tags: BNMakkal SaktiPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd