• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Keluar Arahan Halang Perhimpunan Di Tiga Lokasi

oleh Mohd Arshad
21/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk menghalang mana-mana pihak mengadakan sebarang perhimpunan di tiga lokasi di ibu negara iaitu Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata larangan tersebut berkuat kuasa tujuh hari bermula semalam.

Jelasnya, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang pemberitahuan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut.

Justeru, beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang menyertai perhimpunan tersebut.

“Selain daripada itu pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa.

“Ini demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta kesihatan umum. Semua lapisan umum harus memahami betapa pentingnya untuk kita bersama-sama mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“Sehubungan dengan itu, pihak Polis tidak akan bertolak ansur dengan man –mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan, dan akan mengambil tindakan tegas di dalam perkara ini,” katanya dalam sidang media, di sini pada Jumaat.

Dalam dalam itu, Noor Dellhan menambah seramai 1,010 anggota polis akan digerakkan bagi menjalankan Operasi Pematuhan SOP, termasuk anggota daripada Kontinjen Kuala Lumpur dan Bukit Aman.

Mengenai siasatan terhadap penganjuran perhimpunan tersebut pula, beliau berkata16 individu dipanggil memberikan keterangan termasuk lima ahli politik.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ketika ini tindakan adalah untuk melengkapkan kertas siasatan dan seterusnya proses merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Setakat ini, penganjur kita belum kenal pasti kerana tiada permohonan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan sebuah perhimpunan aman bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan akan diadakan di ibu negara pada Sabtu (esok).

-Awani

Tags: #TangkapAzamBakiPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd