Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Penyanyi lagu Rindu Hatiku Tidak Terkira, M Sani, 70, menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat penyakit kencing manis di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 10 malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham M Sani atau nama sebenarnya, Md Sani Abu Yamin disahkan oleh anak keempatnya, Nor Saira Farrawahida kepada BH Online.

Nor Saira berkata, arwah bapanya tidak mempunyai penyakit kritikal, namun, sudah tertulis ajalnya.

“Arwah bapa meninggal dunia di HKL kira-kira jam 10 malam. Puncanya, kami kurang pasti, tetapi, jika diikutkan arwah menghidapi penyakit kencing manis.

“Namun, bukanlah penyakit kronik, namun, Allah lebih menyayanginya. Arwah dimasukkan ke HKL sebab sakit kaki akibat penyakit kencing pada Jumaat lalu.

“Ketika tiba ke HKL, arwah sudah pun meninggal dunia. Bagaimanapun, kami reda atas pemergiannya,” katanya kepada BH Online.

Katanya, jenazah arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa selepas Zohor.

“Insya-Allah, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa selepas Zohor. Sekarang, jenazah masih berada di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai,” katanya.


Allahyarham M Sani meninggalkan lapan cahaya mata menerusi dua perkahwinannya.

Menyorot semula kerjayanya, arwah M Sani bergelar penyanyi selepas dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1971 pada usia 24 tahun.

Allahyarham M Sani yang dilamar menjadi artis naungan syarikat rakaman, EMI Malaysia selepas menjuarai pertandingan itu pernah muncul dengan album Kerna Senyum Ku Terpikat, diikuti tiga EP iaitu Rindu Hatiku Tidak Terkira, Hidup Hanya Sementara dan Hujan Malam.

Beliau juga pernah muncul dengan album duet Sedangkan Lidah Lagi Tergigit bersama Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Mengamalkan kehidupan ‘low profile’ sejak bergelar penyanyi, namun, lagu-lagu nyanyiannya tetap diminati ramai.

Penyanyi yang berwajah mirip aktor popular Bollywood, Amitabh Bachchan itu pernah membintangi dua filem, Si Badul arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar pada 1978 dan Toyol arahan Allahyarham Malek Selamat pada 1980.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...