Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Penduduk Orang Asli Diserang...

GUA MUSANG - Kira-kira 120 penduduk membabitkan 30 keluarga Orang Asli suku kaum...

Pondok Gazebo Sekolah Runtuh,...

BANGI - Lima murid Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,...

95 Ditahan Kerana Disyaki...

SERDANG - Polis menahan 95 rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pengganas dan terlibat...

VIDEO: Comelnya Panda Bergusti...

COMEL sungguh melihatkan keletah manja dua ekor panda yang 'mengerjakan' penjaga sebab tak mau...

Lelaki Iran Dipercayai Dalang Sindiket Pemalsuan Dokumen Ditahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan pasport antarabangsa susulan penahanan seorang lelaki warga Iran, Rabu lepas.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata suspek berusia 58 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket itu, ditahan dalam satu operasi khas di sebuah premis perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

“Hasil semakan lanjut mendapati, lelaki ini telah tinggal di Malaysia lebih 30 tahun dengan menggunakan pas lawatan sosial, dan merupakan suami kepada seorang wanita warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semasa serbuan dilakukan, lelaki itu sedang menyerahkan dokumen yang telah dipalsukan kepada pelanggan di luar premis berkenaan, dan siasatan lanjut telah membawa kepada serbuan di sebuah pangsapuri yang terletak di Bandar Baru Ampang, yang dijadikan tempat menyimpan dan memalsukan dokumen.

Khairul Dzaimee berkata pihaknya turut menemui lapan pasport antarabangsa pelbagai negara, 29 keping pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang belum dicetak dan dipercayai palsu, cop ‘keluar’ Jabatan Imigresen Malaysia dipercayai palsu, pelbagai jenis cop, sebuah laptop dan sebuah mesin pencetak, selain 24 keping lesen memandu antarabangsa serta wang tunai sebanyak RM4,000.

IMIGRESEN-PALSU 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR


“Kesemua barang yang dirampas dipercayai berkait dengan aktiviti sindiket ini. Modus operandi sindiket adalah dengan menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Iran yang ingin mendapatkan pas dan dokumen untuk tinggal dalam negara ini,” jelasnya.

Khairul Dzaimee berkata bayaran yang dikenakan bagi setiap pas yang dipalsukan antara RM300 hingga RM500 sekeping, yang akan dibuat secara dalam talian ke akaun bank pihak ketiga yang bersubahat dengan dalang ini.

Katanya sindiket ini dipercayai telah beroperasi hampir dua tahun dan berselindung di sebalik perniagaan menjual kain cadar tilam berdasarkan iklan yang diletakkan di hadapan premis yang diserbu.

“Ini merupakan kes sindiket pertama yang melibatkan warga Iran sebagai dalang utama sindiket pemalsuan dokumen. Suspek ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori