Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Neelofa, 2 Portal Setuju...

KUALA LUMPUR - Neelofa dan dua pengendali portal bersetuju menyelesaikan secara baik kes...

TMJ Tak Bersetuju Tapi...

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan...

Kuda ‘Ceroboh’ Ibu Pejabat...

WINSFORD, Britain – Beberapa anggota polis di ibu pejabat polis di Cheshire di...

Anwar Gesa Azmin Hadir...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin...

KPWKM Kaji Semula JKMPay

Petaling Jaya : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kaji semula keberkesanan projek rintis pembayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara tanpa tunai atau JKMPay.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kajian dibuat dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk pemegang taruh itu bagi mengenal pasti kekurangan untuk penambahbaikan sejak dilaksanakan Februari tahun lalu.

“Kita sudah melihat keberkesanan program ini bersama syarikat lain melalui kajian yang dibuat selepas enam bulan pelaksanaannya dan kira-kira 80 peratus bersetuju dengan penggunaannya.

“Selepas setahun, kita akan buat kajian lagi sekali untuk tambah baik apa yang sudah dibuat. Kita juga buka ruang kepada penerima bantuan sekiranya ada penambahbaikan diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas menyantuni penghuni Pusat Kebajikan Chen Ai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan sebuah kumpulan hak orang kurang upaya (OKU) melabel Rina sebagai tidak berhati perut berikutan isu JKMPay.

Melalui JKMPay, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah kadar bantuan yang diluluskan dan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam manakala baki 50 peratus lagi akan dimasukkan ke dalam kad JKMPay.


Namun, pembelian yang tidak tersenarai dalam maklumat barang keperluan, tidak dibenarkan untuk menggunakan kad berkenaan.

Mengulas lanjut, Rina berkata, setakat ini hanya penerima bantuan JKM di beberapa negeri termasuk Selangor dan Kelantan yang menggunakan JKMPay dan akan diperluaskan ke negeri lain selepas ini.

“Penggunaannya belum diperluaskan lagi kerana ia baru projek rintis. Selepas kita kaji keberkesanan dan tambah baik, kita akan perluaskan lagi.

“Pelaksanaan program ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada penerima bantuan terbabit dalam aktiviti ekonomi digital selain memantapkan penyaluran bantuan kewangan melalui kaedah bayaran tanpa tunai,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori