• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zahid Tak Jejas Peluang UMNO Dalam PRN Johor

oleh AK-47
24/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Beberapa kes dan keputusan mahkamah yang membelenggu beberapa pemimpin utama UMNO ketika ini, khususnya membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak menggugat peluang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, percaya kes mahkamah sudah terlalu lemah untuk digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) bagi `menyerang’ UMNO.

Katanya, pertuduhan yang dikenakan ke atas pemimpin parti itu bukan baharu dan sudah berlanjutan beberapa tahun, sekali gus tidak memberi kesan besar pada UMNO sekiranya digunakan pembangkang pada PRN Johor.

“Kes membabitkan pendakwaan di mahkamah ini sudah ‘diluted’ (lemah), berjalan sejak dua, tiga tahun. Sejauh mana orang nak gunakan kes mahkamah sebagai modal pilihan raya.

“Pendakwaan sedang dilakukan dan ada yang telah diputuskan. Kes Datuk Seri Najib Razak telah diputuskan, begitu juga untuk Datuk Seri Zahid hari ini. Ia sudah berjalan dua, tiga tahun.

“Saya tak yakin ini akan menjadi faktor utama (dalam PRN Johor). Dalam terminologi korporat, ia sudah ‘fully diluted basis’,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan keputusan mahkamah hari ini berhubung pertuduhan dihadapi Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, bakal digunakan PH pada PRN Johor.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Ahmad Zahid yang juga pengasas yayasan terbabit.

Sequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram di antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

-Berita Harian

Tags: Kes ZahidPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd