• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Terpakai Laris Seperti Goreng Pisang Panas Di AS

oleh AK-47
15/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pasaran kereta terpakai Amerika Syarikat menyaksikan fenomena di luar jangkaan apabila pemilik menjual kenderaan mereka pada harga lebih mahal daripada harga yang mereka bayar untuk membelinya.

Perkembangan luar biasa itu berlaku ketika dunia berdepan kekurangan bekalan cip termasuk untuk kereta baharu akibat pandemik Covid-19. Situasi itu menyebabkan pengeluaran kereta baharu terbantut sekali gus menyebabkan harga kenderaan terpakai meningkat.

“Ini adalah 100 peratus trend baharu yang tidak akan berakhir dalam masa terdekat,” kata Aurelien Guillaud yang merupakan pemilik Arlington Auto Group (AAG) iaitu syarikat penjual kereta berpangkalan di Arlington, Virginia, tidak jauh dari Washington.

Susulan kekurangan kenderaan baharu, permintaan terhadap kereta terpakai naik mendadak, katanya.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan kekurangan bekalan semikonduktor dari kilang-kilang di Asia dan perintah berkurung ketat di China yang dilaksanakan untuk menyekat penularan varian Omicron.

Masaki Kondo yang merupakan seorang wartawan di Washington, membeli kereta Chevrolet pada harga AS$60,000 (RM250,788) dalam tahun 2017. Empat tahun kemudian, dia menjual semula kereta itu kepada pengedarnya di Gaithersburg, Maryland pada harga AS$62,000 (RM259,147).

“Saya menyimpan kereta saya di dalam garaj jadi, ia berada dalam keadaan baik. Namun, saya terkejut kerana harga kereta terpakai itu lebih mahal berbanding apabila saya membelinya ketika ia masih baharu lebih empat tahun lalu,” kata Kondo.

-Kosmo Online

Tags: Amerika SyarikatKereta Terpakai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd