• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Perlu Bantu AirAsia

oleh AK-47
15/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Kerajaan tidak perlu membantu AirAsia Group Berhad yang diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17(PN17) selepas rayuannya kepada Bursa Malaysia untuk pelanjutan tempoh pelepasan ditolak.

Penganalisis Ekonomi Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, keutamaan kerajaan bukanlah untuk terlibat dan membantu syarikat swasta seperti AirAsia.

Menurut beliau, AirAsia telah mencatat keuntungan sebelum ini, keuntungan tersebut dikongsikan hanya bersama pemegang saham.

“Ini dalam bahasa perniagaan dipanggil menswastakan keuntungan dan mensosialisasikan kerugian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kes syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kemudiannya diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 bukanlah sesuatu yang luar biasa dan tidak memerlukan campur tangan daripada kerajaan.

Ujarnya, apa yang perlu AirAsia lakukan sekarang ialah melaksanakan segala keperluan di bawah PN17 terutamanya mengemukakan pelan untuk kembali menjadikan syarikat itu mampan dan menjana pendapatan serta keuntungan yang diharapkan.

“Proses itu bagaimanapun harus dilakukan dalam masa setahun. Sekiranya syarikat penerbangan itu tidak mampu melakukannya, barulah akan ada kemungkinan ia akan dinyah senarai dari Bursa Malaysia,” jelas Ahmed Razman.

AirAsia diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 selepas rayuannya kepada Bursa Malaysia untuk pelanjutan tempoh pelepasan ditolak.

Kelmarin, dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, permohonan supaya tempoh pelepasan dilanjutkan sehingga selepas 7 Januari dan rayuan susulan keputusan Bursa Malaysia terhadap permohonan itu telah dikemukakan.

“Lembaga Pengarah ingin memaklumkan bahawa selepas pertimbangan wajar semua fakta dan keadaan termasuk semua representasi dan dokumen bertulis, Bursa Malaysia membuat keputusan untuk menolak rayuan tersebut,” katanya.

AirAsia mencetuskan kriteria penggantungan PN17 pada Julai 2020 selepas juruaudit luarannya, Ernst & Young PLT menerbitkan pandangan audit tanpa syarat dengan ketidakpastian material berkaitan penyata kewangan terauditnya untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Syarikat itu turut mencetuskan kriteria ditetapkan menurut Perenggan 8.04 dan Perenggan 2.1(a) PN17 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia, apabila ekuiti pemegang sahamnya pada asas disatukan adalah 25 peratus atau kurang daripada modal sahamnya.

AirAsia mencatatkan kerugian dalam dua tahun kewangan terakhir apabila merekodkan kerugian bersih RM283 juta pada tahun kewangan 2019 dan RM5.89 bilion pada tahun kewangan 2020.

-Utusan Online

Tags: AirAsiabantuKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Perkasa Usaha Konservasi Penyu

Next Post

Filipina Beli Sistem Peluru Berpandu Dari India

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

Filipina Beli Sistem Peluru Berpandu Dari India

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd