• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

oleh Mohd Arshad
19/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go (TNG) disaran menanggung sepenuhnya kos setiap pengguna Smart Tag untuk beralih menggunakan pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin, berkata rebat menerusi aplikasi e-wallet berjumlah RM100 juga wajar diberikan kepada pengguna bagi menggantikan kos peranti dibeli sebelum ini.

Pada masa sama, katanya, PLUS perlu membuka laluan Smart Tag untuk memberi masa kepada pengguna lebuh raya beralih ke sistem RFID.

“Ini juga harus dilakukan oleh pemegang konsesi lebuh raya lain di Lembah Klang. Semua cadangan berkenaan wajar dikaji dengan mendalam mengikut keutamaan dan kebajikan pengguna bagi memberi keadilan kepada rakyat selaras slogan Keluarga Malaysia.

“Sebagai syarikat milik kerajaan yang memonopoli industri terbabit, keuntungan tidak sepatutnya menjadi objektif utama.

“Maklum balas pengguna dan keselesaan rakyat sepatutnya diutamakan untuk mengukur kejayaan yang diharapkan dengan kenaikan taraf yang berskala besar seperti ini. Rakyat perlu diutamakan bukan keuntungan korporat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, MTEM menyokong penuh inisiatif dibuat khususnya untuk menambah baik kemudahan, keselesaan serta kualiti pengalaman pengguna lebuh raya.

MTEM difahamkan sistem RFID lebih baik dan murah dari segi teknologi, selain satu bentuk perubahan yang harus dilakukan.

“Namun, proses peralihan ini banyak menimbulkan kekecewaan pelbagai pihak dan tidak memberi kesan yang sepatutnya.

“Ini menimbulkan persoalan yang perlu dijawab oleh PLUS dan TNG yang memonopoli perkhidmatan ini. Adakah wajar harga pelekat RFID sebanyak RM35?

“Jika sejuta kenderaan yang perlu membayar kos pelekat ini, bermakna hasil TNG bertambah RM35 juta serta-merta. Hakikatnya pengguna Smart Tag tiada pilihan,” katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan penjualan pelekat teknologi RFID yang sepatutnya hanya berharga RM1.

Najib dipetik berkata, ketika ini harga pelekat RFID itu dijual pada harga RM35, yang sepatutnya hanya diberi percuma sahaja.

BHonline-

Tags: PLUSRFIDTouch 'n Go
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd