• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Nafi Pinggirkan Lee Peng

oleh Mohd Arshad
20/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan dakwaan meminggirkan bekas atlet renang para kebangsaan, Koh Lee Peng sehingga dia terpaksa menjual tisu di Bukit Bintang di sini.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata Olahragawati Paralimpik 2016 itu sudah menerima pelbagai sumbangan termasuk peluang menyertai kursus kemahiran yang dianjurkan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Katanya, apa yang dilakukan Lee Peng ketika ini adalah pilihan dirinya sendiri tanpa mengharapkan simpati orang ramai.

“Kita ada bagi peluang dan tawaran kepadanya sebelum ini menerusi YAKEB namun dia memilih untuk berdikari sendiri bersama rakannya yang juga merupakan OKU. Mereka berdua juga memiliki syarikat berdaftar dan turut membantu lapan lagi OKU dibawahnya.

“Jadi, untuk mengatakan kerajaan tidak menolong dan mengambil berat mengenai dirinya adalah tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Lee Pang di Bukit Bintang, hari ini.

Turut hadir sama Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Mengulas lanjut, Lian Ker berkata Lee Peng sudah menjalankan perniagaan menjual tisu di negeri kelahirannya iaitu Pulau Pinang dan kehadirannya di sini bertujuan mengikuti rakannya (Andrew) yang mengikuti kursus.

“Jadi dalam tempoh berkenaan dia mengambil peluang menjual tisu berkenaan dan sementara menanti rakannya itu tamat menjalani kursus membuat kuih.

“Bila isu ini diviralkan dia (Lee Peng) tidak gembira dengan situasi ini dan mengharapkan orang ramai menghormatinya,.

“Saya difahamkan mereka berdua akan pulang ke Pulau Pinang esok selepas segala urusan rakannya di Kuala Lumpur selesai,” katanya.

Kisah Lee Peng kembali tular apabila seorang pengguna laman sosial Twitter memuatnaik rentetan pertemuannya dengan pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan Para ASEAN dari 2001 hingga 2005 itu menjual tisu di Bukit Bintang, baru-baru ini.

BHonline-

Tags: KBSKoh Lee PengYAKEB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd