• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Saman Pemandu Potong Barisan

oleh Mohd Arshad
07/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyaman 32 pengguna jalan raya yang memotong barisan di persimpangan lampu isyarat Bulatan Seberang Jaya, di sini, semalam.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan dalam laman sosial memaklumkan operasi berkenaan bertumpu kepada penguatkuasaan kesalahan mengikut Kaedah 5, Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959, iaitu memotong di sebelah kiri jalan.

Penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan kerana banyak pengguna jalan raya gagal mematuhi peraturan lalu lintas, terutama di waktu puncak sehingga menyebabkan laluan di sebelah kiri jalan terganggu dan sesak.

“Tindakan segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri dan sikap tidak sabar di jalan raya menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya lain yang boleh mengundang risiko kemalangan, sekiranya tidak diambil tindakan penguatkuasaan segera,” katanya.

Dalam perkembangan lain, JPJ turut mengeluarkan notis terhadap 30 bas yang diletakkan di tepi jalan berdekatan pasar raya besar di Bayan Baru dekat sini, kelmarin.

“JPJ menerima aduan awam berhubung perkara itu dan unit operasi mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perkhidmatan awam, bas pekerja dan bas persiaran yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

“Tindakan segelintir pemandu yang meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan boleh menyebabkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Sebanyak 30 buah kenderaan telah dikenakan notis mengikut Seksyen 115(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BHonline-

Tags: JPJpotong barisansaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd