Sample Page Title

LANGKAWI : Kerajaan Pusat diminta tidak mengambil tindakan menutup pintu pelancongan ke pulau peranginan ini berikutan penularan varian, Omicron di negara ini.

Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Armishah Siraj berkata, penutupan pulau ini akan menjejaskan pendapatan kira-kira 90 peratus penduduk yang bergantung pada sumber pelancongan sebagai mata pencarian untuk menyara keluarga.

Menurutnya, kebanyakan penduduk di pulau ini melahirkan kebimbangan pulau legenda ini kembali kekurangan pelancong dan mereka hilang pekerjaan sekiranya ditutup semula seperti yang dihadapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula pada Mac 2020.

Katanya, penduduk di Pulau Langkawi mahu kemeriahan pulau ini dapat diteruskan dengan jumlah kehadiran pelancong lebih tinggi sejak gelembung pelancongan Langkawi diperkenalkan tahun lalu.

“Selaku anak jati Langkawi, besarlah harapan saya agar wabak Omicron yang dikesan di negara ini tidak menyebabkan kerajaan menarik ‘hand brake’ dalam sektor pelancongan menerusi program gelembung pelancongan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri mulai 16 September 2021 lalu,” katanya di sini hari ini.

Armishah memberitahu, sepanjang tempoh PKP sehingga Langkawi dibuka semula, industri pelancongan di pulau ini mencatat kerugian secara kasarnya lebih RM5.4 bilion.


“Pengusaha pelancongan di Langkawi dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini baru dapat bernafas semula dengan kemasukan pelancong pada sepanjang 2021 sahaja berjumlah 1.1 juta dengan perolehan pendapatan dalam sektor itu kira-kira RM800 juta,” ujarnya.

Beliau menambah, pada masa sama, kerajaan boleh memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pelancong yang memasuki pulau ini untuk mengekang penularan Covid-19 terutamanya selepas dikesan varian, Omicron.

Selain itu, katanya, tindakan proaktif juga perlu diambil oleh pengusaha hotel dan operator pelancongan termasuk perkhidmatan feri dalam mencegah penularan Covid-19, selain memastikan pelancong sentiasa mematuhi SOP.

“Langkah langkah pencegahan termasuk sanitasi awam, penjagaan kebersihan, peraturan dan tatacara pelancong untuk beraktiviti di pulau ini juga boleh dinilai semula untuk ditambah baik,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung...

Mesyuarat MKT UMNO Terima Peletakan Jawatan Zulhasnan Rafique

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa...