• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Lelong Jualan Keluarga Malaysia Laris

oleh Mohd Arshad
30/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU : Bukan sahaja harga murah ditawarkan pada program Jualan Keluarga Malaysia, jualan lelong yang dibuat ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menjadi tumpuan pengunjung pada program yang di Kuala Klawang hari ini.

Ayam daging yang dijual pada harga RM7.50 sekilogram sebelum itu oleh peniaga, kemudian dijual dengan harga lelong RM5 sekilogram menarik orang ramai berebut mendapatkannya.

Sebanyak 240 kilogram daripada 1 tan ayam dijual pada harga lelong habis tidak sampai 15 minit.

Gerai menjual minyak masak paket turut diserbu apabila 200 paket minyak masak dijual pada harga RM1 sepaket.

Petai, sayur-sayuran, roti turut diberi secara percuma kepada orang ramai berdasarkan siapa cepat dia dapat pada jualan yang diadakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang.

Bagi penjual roti, Azman Dollah, 41 berkata sebanyak 1,600 paket pelbagai jenis yang dibuat sendiri habis dijual dalam tempoh 60 minit.

Katanya, potongan harga dari 50 sen hingga RM1 bergantung kepada jenis roti untuk orang ramai yang datang ke gerainya.

“Pelbagai jenis roti antaranya roti kaya, kacang, kelapa, butter, selain mini pizza, sosej dan papa roti habis diborong,” katanya.

Bagi pengunjung Osman Zakaria, 50, berkata dia berbelanja RM50 dengan membawa pulang dua ekor ayam, sekilo ikan tilapia, satu papan telur, minyak masak manakala petai, sayur dan sebungkus roti diperoleh secara percuma.

Seorang lagi pengunjung, Zainab Borhan, 38, berkata dia terkejut apabila banyak jualan dibuat secara lelong menyebabkan pengunjung tidak ketinggalan untuk mendapatkan barangan.

“Jualan Keluarga Malaysia perlu diteruskan pada masa akan datang memandangkan ia dapat membantu menjimatkan perbelanjaan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Jalaluddin yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, berkata program jualan ini akan diadakan setiap dua minggu sekali membabitkan empat DUN di Parlimen ini.

” Ini adalah kali kedua penganjuran selepas kali pertama di adakan di Simpang Durian, manakala pada 12 Februari ini akan diadakan di DUN Pertang,” katanya.

Selain Jualan Keluarga Malaysia, Pejabat Parlimen Jelebu turut mengadakan program isi minyak motosikal sampai penuh di sebuah stesen minyak di Kuala Klawang.

-Berita Harian

Tags: Harga Lelongjualan keluarga malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jualan Keluarga Malaysia Tawar Harga 20 Peratus Lebih Rendah

18/12/2021
0

PUTRAJAYA : Jualan barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran tempatan yang ditawarkan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd