• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 1.5 Juta Permohonan BKM Diterima

oleh AK-47
08/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ketika ini telah menerima sebanyak hampir 1.5 juta permohonan baharu dan kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dipohon melalui dalam talian dan juga secara fizikal sejak ia dibuka 1 Januari lalu.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, daripada jumlah itu 355,071 merupakan permohonan baharu manakala 1,124,191 adalah permohonan kemaskini BKM.

“Sehingga kini direkodkan juga hampir 95 peratus permohonan baharu dan kemaskini dibuat secara dalam talian.

“Perkembangan ini sesuatu yang positif kerana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19 apabila pemohon tidak perlu keluar rumah dan hadir ke kaunter perkhidmatan BKM,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kaunter Pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) LHDN Cawangan Jalan Duta Penggajian, Kuala Lumpur pagi tadi.

Bagaimanapun jelasnya, bagi pemohon yang tidak mempunyai kemudahan internet, HASiL mengambil inisiatif untuk membuka kaunter perkhidmatan BKM di semua pejabat cawanganya.

Ia katanya bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mendaftar dan membuat permohonan.

“BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion. Ini satu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.

“Untuk kita kurangkan golongan yang tercicir (atau exclusion error), data dari BPR 2021 BKC 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus kerana mereka penerima GKP, kesemua mereka akan dibawa masuk secara automatik ke dalam sistem BKM untuk kita semak kelayakan mereka,” jelasnya lagi.

Kerajaan juga katanya akan menyemak-silang dengan data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau PPR di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.

-Awani

Tags: BKMPermohonan BKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

07/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

07/10/2022
0

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan kepada ibu isi rumah penerima Bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd