• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lelaki Ditahan Terlibat Tiga Kes Samun Bersenjata Parang Di Melaka

oleh AK-47
20/01/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Polis Melaka menahan empat lelaki berusia antara 32 dan 42 tahun dipercayai terbabit dalam tiga kes samun bersenjatakan parang di sekitar Ayer Keroh dan Batu Berendam di sini pada 9 hingga 15 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kesemua suspek ditahan dalam dua serbuan di sekitar Bukit Beruang dan Bukit Katil pada Selasa lepas.

“Semasa tangkapan dilakukan, seorang suspek telah melarikan diri ke atas bumbung bangunan rumah pangsa empat tingkat namun berjaya ditahan.

“Polis terpaksa meminta bantuan Bomba Ayer Keroh bagi menangkap lelaki tersebut yang bersembunyi di dalam tangki air di atas bumbung bangunan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa kumpulan samun bersenjata itu terdiri daripada orang tempatan dan warga asing membabitkan kerugian wang tunai, telefon bimbit serta dokumen penting.

Menurutnya turut dirampas dua kenderaan, dua parang dan empat telefon bimbit dipercayai digunakan bagi kegiatan samun bersenjata itu.

Christopher berkata kesemua suspek direman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 394, Seksyen 395/397 serta Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Polis percaya dengan tumpasnya kumpulan samun bersenjatakan parang ini, tiga kes samun di daerah Melaka Tengah yang berlaku sejak awal Januari lepas berjaya diselesaikan.

“Kami juga ingin mengingatkan bahawa sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi,” katanya.

-Awani

Tags: ditahanKes Samun BersenjataMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd