• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Diarah Ukur Semula Kolam Takungan Banjir

oleh AK-47
08/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik juruukur dan jurunilai bertauliah bagi tujuan mengukur semula keluasan sebenar Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang yang diambil untuk tujuan pembangunan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya mengarahkan satu tindakan teknikal dilaksanakan oleh DBKL untuk mengetahui sama ada sebahagian kolam berkenaan ditimbus atau menjadi sebahagian daripada pembangunan yang dilaksanakan pemaju.

Bagaimanapun, beliau berkata siasatan awal turut mendapati kolam berkenaan tidak ditimbus atau ditambak seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

“Ada pertikaian bahawa kolam ini tidak mampu menampung lebihan air apabila arahan pembangunan dikeluarkan pada 2015. Malah ada dakwaan mengenai kolam ini ditutup (ditimbus).

“Mengikut Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), kolam ini tidak boleh ditutup kerana ia adalah kolam tadahan air.

“Kita minta DBKL untuk melantik surveyer (juruukur) segera untuk mengukur tasik serta pembangunan yang dibuat ,” katanya kepada pemberita, selepas SPRM membuat lawatan di projek pembangunan di Taman Wahyu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

BH difahamkan, Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang mempunyai tiga kolam banjir iaitu Kolam Delima, Kolam Nanyang serta Kolam Wahyu namun, jumlah isi padu air di situ ketika ini melebih 2.0 juta meter padu dengan 36 meter paras air normal serta 43 meter paras bahaya.

-Berita Harian

Tags: DBKLKolam Takungan BanjirUkur Semula
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd