• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwa Mahdi Di Sabah, Pemilik Akaun FB Disiasat

oleh AK-47
21/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS : Polis menyiasat pemilik akuan Facebook yang mendakwa kononnya Imam Mahdi berada di Sabah melalui penstriman langsung, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak serta Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar menyiasat.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Ketika merakam video siaran terbabit, pelakunya di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Jadi saya sudah arahkan Ketua JSJ Perak dan KPD Kuala Kangsar menjalankan siasatan biarpun setakat sekarang belum dimuktamadkan lagi bentuk siasatan yang dijalankan,” katanya di Lubuk Merbau, hari ini.

Ditanya kemungkinan perkongsian video itu ada kaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, Mior Faridalathrash berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Video lapan minit 56 saat memperlihatkan seorang lelaki menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Sayong Lembah, tersebar sejak semalam.

Menerusi rakaman itu, lelaki itu mendakwa kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi yang difahamkan berada di Sabah.

Hasil semakan setakat jam 8 malam ini mendapati video terbabit sudah dipadam.

-Berita Harian

Tags: Akaun FBImam Mahdi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Keluar Arahan Halang Perhimpunan Di Tiga Lokasi

Next Post

#TangkapAzamBaki: Lima Ahli Politik Antara 16 Dirakam Keterangan

Related Posts

Dakwa Imam Mahdi Muncul Pada Hari Arafah

Dakwa Imam Mahdi Muncul Pada Hari Arafah

06/08/2022
0

SEREMBAN - Mendakwa akan berlaku kemunculan Imam Mahdi pada hari Arafah lalu antara punca Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah yang dipimpin Habib...

Akaun FB ‘Cikgu Ros Bagan Serai’ Berbaur Rasis Disah Palsu

30/11/2018
0

BAGAN SERAI - Akaun Facebook atas nama 'Cikgu Ros Bagan Serai' yang memuat naik status berunsur perkauman dan tular sejak...

Next Post

#TangkapAzamBaki: Lima Ahli Politik Antara 16 Dirakam Keterangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd