• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah, Arak, DAP Dan MUDA

oleh Mohd Arshad
17/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah Adun DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu ditahan polis kerana didapati positif dadah di sebuah pusat karaoke suatu isu kepentingan umum.

Ia kerana melibatkan wakil rakyat yang diundi oleh rakyat untuk mewakili rakyat dalam Dewan Undangan Negeri bagi mewakili kepentingan rakyat.

Adun DAP itu bagaimanapun lebih bernasib baik berbanding suspek positif dadah kes lain kerana cepat dilepaskan daripada tahanan polis. Tahniah!

Selepas dilepaskan, Adun DAP berkenaan kemudian mempertahankan dirinya tidak bersalah menerusi satu kenyataan di media sosial.

Beliau cuba memberi gambaran yang berpotensi membawa kepada tanggapan umum bahawa dirinya telah tidak salah dan diperangkap.

Adun DAP itu mendakwa ada seseorang memasukkan sesuatu ke dalam minumannya semasa dia ke tandas di pusat karaoke berkenaan.

Saksi yang dikatakan melihat kejadian itu bagaimanapun hanya memberitahunya keesokan hari tidak diperjelaskan mengapa.

Bunyinya agak sama seperti banyak babak rogol dalam filem iaitu penjahat memasukkan pil khayal ke dalam minuman mangsa sebelum dirogol.

Penjelasan itu amat mencabar minda, mengusik paradigma dan menuntut keilmiahan tahap tertinggi untuk difikirkan oleh rakyat marhaen.

Kes dihadapi Adun DAP itu turut menjadi perhatian umum kerana penyalagunaan dadah suatu permasalahan besar di Malaysia.

Isu penyalahgunaan dadah sama berbahaya seperti isu ketagihan alkohol yang banyak mendatangkan mudarat kepada sosio kehidupan masyarakat.

Kerana itu ramai rakyat Malaysia turut membantah perbuatan minum arak walaupun parti mesra DAP iaitu MUDA berfikir sebaliknya.

Seperti dikatakan Pengasas MUDA yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bahawa minum arak adalah hak peribadi makan dan minum seseorang:

“MUDA wujud atas dasar toleransi. Selagi apa yang dibuat itu mengikut lunas undang-undang, tak apa lah.

Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu.

Kita hormat hak mereka & mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka” – Syed Saddiq 4 Januari 2020.

-Mynewshub

Tags: ADUN Dap Pasir BedamarDAPmuda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rayu Campur Tangan Kerajaan Negeri

Next Post

Kes Turun Bawah 3,000

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Kes Turun Bawah 3,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd