• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19 Menyelubungi Sambutan Tahun Baharu Seluruh Dunia

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS: Sambutan Tahun Baharu 2022 disambut pada skala kecil di seluruh dunia dalam usaha menyekat penularan kes COVID-19.

Sejak 12 bulan lalu, pelbagai peristiwa terjadi, antaranya perlantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Olimpik bebas penonton buat julung kalinya dan impian demokrasi dari Afghanistan hingga Sudan serta Hong Kong dihancurkan oleh rejim autokratik.

Namun, pandemik COVID-19 yang kini memasuki tahun ketiga masih mendominasi kehidupan di seluruh dunia di mana lebih 5.4 juta orang maut sejak ia dilaporkan muncul pada Disember 2019.

Pada Tahun 2021, terhasilnya vaksin dalam usaha menyelamatkan nyawa dan kira-kira 60 peratus daripada penduduk dunia sudah mendapatkannya, walaupun banyak kalangan negara miskin mempunyai akses terhad, malah ada yang percaya ia sebahagian daripada plot yang tidak jelas.

Namun, apabila tahun 2021 semakin hampir ke penghujungnya, kemunculan varian Omicron kembali melonjakkan jumlah kes baharu COVID-19 harian, iaitu melepasi satu juta buat kali pertama.

Semalam, Perancis menjadi negara terbaharu yang mengumumkan Omicron kini menjadi rantaian coronavirus yang dominan, malah Britain, AS dan Australia juga kembali mencatatkan rekod kes baharu.

Dari Seoul ke San Francisco, sambutan perayaan turut dibatalkan atau disekat, manakala kira-kira 7,000 orang di Puerta del Sol Madrid, memakan anggur meraikan detik 12 tengah malam.

Dubai sebaliknya megah meneruskan sambutan itu walaupun terdapat peningkatan jangkitan dengan 36 pertunjukan bunga api di 29 lokasi, namun pihak berkuasa memberi amaran akan mendenda sesiapa yang hadir tanpa memakai topeng pelindung.

Di Champs-Elysees di Paris, polis mengawal keadaan sambutan Tahun Baharu itu dan meminta pengunjung memakai pelitup muka atau mereka akan didenda.

Pelabuhan yang luas di Sydney yang menjadi lokasi sambutan juga tidak sesak kerana tiada pelancong luar dibenarkan masuk, namun sambutan tetap meriah dengan enam tan bunga api berwarna berteknologi menerangi Opera House dan sekitarnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa Omicron boleh membawa kepada ‘tsunami kes’, namun ramai pemimpin Barat teragak-agak untuk melaksanakan semula kawalan ketat berikutan bimbang kemelesetan ekonomi baharu.

Bagaimanapun, pakar dan bukan pakar sama-sama berharap bahawa 2022 boleh diingati sebagai fasa baharu wabak dengan kurang mangsa yang maut.

BHonline-

Tags: Covid-19Perancistahun baharu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd