• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CNN Pilih Pulau Pinang Antara Destinasi Terbaik Melancong

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN: Pulau Pinang sekali lagi terpilih sebagai salah satu daripada 22 destinasi terbaik untuk melancong pada 2022 oleh CNN Travel di samping lokasi popular lain dunia antaranya Finland, Jordan, Chile dan Perancis.

Menerusi artikel oleh CNN Travel, Pulau Pinang adalah satu-satunya wakil dari negara ASEAN yang dipilih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Memetik artikel CNN Travel itu, Pulau Pinang yang terletak berhampiran Laut Andaman itu menawarkan gabungan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.

“Selain masakan popular, Pulau Pinang juga terdapat masakan Baba Nyonya (Peranakan) yang mana ia menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu.

Semua makanan ini boleh diperoleh di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh Pulau Pinang.

“Selain itu, di Georgetown juga dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris dan rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid yang cantik untuk masyarakat Islam,” kata artikel itu lagi.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melalui Facebook beliau pada Isnin memaklumkan pengiktirafan itu menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang.

Menurut Kon Yeow, Pulau Pinang dipilih untuk berada dalam senarai 22 destinasi terbaik pelancongan tahun ini kerana pelbagai budaya dan adat, makanan, warisan dan elemen penting lain dapat menarik pelancong.

“Warga Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Pulau Mutiara berbangga kerana berjaya ke platform dunia,” katanya.

Awani-

Tags: ASEANCNNPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd